Sunday, 7 December 2008

UNIT 15 (last)



INTERNET



OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan pelayar internet.


OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

? Membuka fail dalam HTML format dengan baik.

? Menggunakan alamat laman dan IP address

? Menggunakan Seacrh Engine dalam internet


15.1 Menerangkan penggunaan pelayar internet

15.1.1 Membuka fail dalam HTML format
HTML ( Hyper Text Markup Language ) ialah bahasa skrip yang digunakan untuk mengarang, membina dan menerbitkan laman Web di internet. Bahasa ini adalah satu aplikasi kepada SGML ( Standard Generalized Markup Language ) yang merupakan piawai ISO 8879 bagi menyatakan format suatu dokumen.
HTML hanya menyediakan satu kemudahan untuk memaparkan satu laman Web. Bagi membolehkan User memberi input kepada satu laman Web, satu kaedah yang dikenali sebagai CGI ( Common Gateway Interface ) . GCI membolehkan capaian atur cara berinteraksi dengan pangkalan data.
ASP juga turut digunakan selain daripada GCI. ASP menyediakan kemudahan yang sama dengan GCI tetapi dalam bentuk yang lebih mudah.

15.1.2 Mencapai maklumat dengan mengunakan alamat laman dan IP ADDRESS

Proses pemindahan data dikendalikan oleh protokol rangkaian yang dikenali TCP/IP ( Transmission Control Protocol / Internet Protocol ). Protokol rangkaian ialah satu set peraturan



dan panduan untuk mengelolakan penghantaran data melalui rangkaian.
Tiap-tiap komputer dalam internet mempunyai identiti yang unik yang dinamakan alamat protokol internet ( IP ). Alamat IP adalah satu nombor seperti berikut:
? 121.16.237.7
? 161.142.16.62
? 224.171.80
Nama domain adalah nama yang digunakan untuk mewakili alamat IP bagi yang melambangkan identiti atau nama pengguna atau organisasi yang menggunakan sesebuah komputer. Nama domain lebih mudah diingat berbanding dengan alamat IP. Contoh;
? ftp.microsoft.com 198.105.232.1

? relays.jaring.com 192.228.128.15

15.1.3 Menggnakan Search Engine (Enjin Carian)

Jika kitta tidak pasti URL sesuatu lokasi Web, kita dapat menggunakan enjin carian untuk mencari lokasi yang dikehendaki. Pengguna hanya perlu menaipkan kata kunci mengenai subjek yang dicari pada tetingkat enjin carian.
Contoh URL untuk enjin pencari:
? Yahoo http:// www.yahoo.com/

? Excite http:// www.excite.com/



UNIT 15

1. Apakah kegunaan HTML format dalam internet.

2. Tulis satu alamat bagi alamat laman dan IP address

3. Apakah kegunaan Seacrh Engine dalam internet


UNIT 15

1. HTML hanya menyediakan satu kemudahan untuk memaparkan satu Laman Web. Bagi membolehkan User memberi input kepada satu Laman Web, satu kaedah yang dikenali sebagai CGI ( Common Gateway Interface ) . GCI membolehkan capaian atur cara berinteraksi dengan pangkalan data.

2. Alamat laman dan IP address adalah

ftp.microsoft.com 198.105.232.1

3. Jika kita tidak pasti URL sesuatu lokasi Web, kita dapat gunakan enjin carian untuk mencari lokasi yang dikehendaki. Pengguna hanya perlu menaipkan kata kunci mengenai subjek yang dicari pada tetingkap enjin carian. Contoh URL untuk enjin pencari:
? Yahoo http:// www.yahoo.com/
? Excite http:// www.excite.com/

UNIT 15


1. Pernahkan anda menggunakan pelayar internet ,sekira pernah tuliskan alamat laman anda.


MAKLUMBALAS KENDIRI


1. Perbincangan dalam kelas.

UNIT 14




INTERNET

OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai internet.


OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

? Menyenaraikan fungsi dan kelebihan internet.

? Membezakan komponen-komponen internet .


14.1 Menerangkan definisi internet

Internet ialah satu rangkaian antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu sistem komputer, samada di rumah, pejabat, organisasi atau institusi dengan menggunakan bahasa yang sama. Setiap rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan kepada rangkaian yang lebih kecil.

14.2 Mengetahui fungsi dan kelebihan internet.
Terdapat beberapa fungsi dan kelebihan utama internet.
Antaranya;
a. Internet menyediakan kemudahan untuk bertukar maklumat dalam format boleh-guna-semula dan boleh-baca. Contohnya carta, gambarajah, pengkalan data, imej, jadual dan kod perisian. Perkhidmatan ini merupakan pusat bagi segala sumber maklumat seperti perkhidmatan katalog, pengkalan data, penerbitan dan lain-lain.

b. Internet menyediakan kemudahan mel elektronik, berita dan perkhidmatan maklumat pada kos yang sama dengan sambungan telefon. Malah internet mempunyai kemudahan carian. Ia boleh digunakan untuk perniagaan, rekreasi, pendidikan, perhubungan dan lain-lain.




c. Internet menyediakan satu perkhidmatan piawai yang terbaik untuk menghantar dan menerima mel ketika pengguna log sistem komputer secara jarak jauh atau menggunakan alat bergrafik seperti jaringan sedunia ( WWW ) untuk merayau ke tempat yang menyediakan maklumat di seluruh dunia.

d. Kebanyakan pekerja akan duduk di rumah dan menghantar kerja yang disiapkan melalui kabel tembaga atau Optik.


14.3 Mengetahui komponen internet

14.3.1 Browser

Laman Web. Browser pertama ialah mosaic dan pada masa kini, Browser yang digunakan ialah Netscape dan Internet Explorer. Untuk mencapai suatu laman Web, pengguna perlu menyatakan alamat URL bagi laman tersebut. Kemudian, Browser akan mencapai laman tersebut dan memaparkannya kepada pengguna. Untuk mencapai Laman Web, Browser terlebih dahulu perlu membuat sambungan TCP kepada pelayan web pada pangkalan 80. Komunikasi antara Browser dan pelayan dilakukan dengan menggunakan protokol khas yang dkenali sebagai HTTP ( HiperText Transfer Protocol ).

14.3.2 E-Mail

E-Mail adalah satu cara untuk menghantar surat kepada penerima melalui komputer dengan berkesan, murah dan pantas. Ia juga digunakan untuk menghantar fail, dokumen, imej, audio dan video dalam bentuk digital.
Sistem E-Mail menyokong lima fungsi utama;

1. Menulis email
2. Memindahkan email kepada penerima.
3. Membuat laporan tentang status email.
4. Memaparkan email yang diterima.
5. Menghapuskan email yang tidak dikehendaki.






Bagi menyediakan fungsi ini, suatu sistem email biasanya
terbahagi kepada tiga komponen;

• Peti Surat:
Peti surat adalah fail yang menyimpan semua email yang diberi.

• Agen Pengguna:
Atur cara yang boleh menulis, menghantar, menerima, dan membaca email, serta melakukan pelbagai manipulasi peti surat.

• Agen Pemindah:
Satu program yang berada dalam pelayan email yang bertindak untuk memindahkan email daripada pelayan tersebut kepada pelayan email yang hendak dihantar.

Setiap pengguna email mempunyai alamat email. Bentuk alamat
ini biasanya:

petisurat@lokasi-pelayan-email.

Alamat bagi lokasi-pelayan-email boleh dinyatakan sama ada dengan menggunakan IP ataupun nama domain. Contohnya;

roszaharah@yahoo.com

hamini@yahoo.com

roszaharah dan hamini adalah petisurat bagi penulis pertama dan kedua, manakala yahoo.com adalah nama pelayan email .

Seorang pengguna email boleh mempunyai lebih daripada satu alamat email. Contohnya, seorang boleh mempunyai alamat email untuk yahoo, hotmail dan juga mailcity.


14.3.3 FTP ( File Transfer Protocol )

FTP adalah satu kemudahan yang digunakan untuk perpindahan fail dari komputer kepada komputer yang lain. Komputer yang melakukan FTP perlu melaksanakan perisian pelanggan FTP. Komputer yang melaksanakan perisian pelayan FTP dikenali sebagai Tapak FTP.

FTP boleh dicapai terus oleh pengguna atau melalui atur cara pengguna. Jika ia dicapai oleh pengguna, ia biasanya gunakan secara interaktif.


UNIT 14


1. Nyatakan kelebihan menggunakan internet

2. Apakah kegunaan komponen internet seperti Browser


UNIT 14


1. a. Internet menyediakan kemudahan untuk bertukar maklumat dalam format boleh-guna-semula dan boleh-baca. Contohnya, carta, gambarajah, pengkalan data, imej, jadual dan kod perisian. Dengan ini, perkhidmatan ini merupakan pusat bagi segala sumber maklumat seperti perkhidmatan, katalog, pengkalan data, penerbitan dan lain-lain.
b. Internet menyediakan kemudahan mel elektronik, berita dan perkhidmatan maklumat pada kos yang sama dengan sambungan telefon. Malah internet mempunyai kemudahan carian. Ia boleh digunakan untuk perniagaan, rekreasi, pendidikan, perhubungan dan lain-lain.

c. Internet menyediakan satu perkhidmatan piawai yang terbaik untuk menghantar dan menerima mel ketika pengguna log sistem komputer secara jarak jauh atau menggunakan alat bergrafik seperti jaringan sedunia ( WWW ) untuk merayau ke tempat yang menyediakan maklumat di seluruh dunia.

d. Kebanyakan pekerja akan duduk di rumah dan menghantar kerja yang disiapkan melalui kabel tembaga atau Optik.




2. Laman Web. Browser pertama ialah mosaic dan pada masa kini, Browser yang digunakan ialah Netscape dan Internet Explorer. Untuk mencapai suatu laman Web, pengguna perlu menyatakan alamat URL bagi laman tersebut. Kemudian, Browser akan mencapai laman tersebut dan memaparkannya kepada pengguna. Untuk mencapai Laman Web, Browser terlebih dahulu perlu membuat sambungan TCP kepada pelayan Web pada pangkalan 80. Komunikasi antara Browser dan pelayan dilakukan dengan menggunakan protokol khas yang dkenali sebagai HTTP ( HiperText Transfer Protocol ).


UNIT 14


1. Pernahkan anda menghantar surat menggunakan alamat email .Sekira ya nyatakan alamat email anda.

UNIT 14



1. Respon daripada pelajar .

UNIT 13




PERSEMBAHAN



OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara menyunting persembahan.


OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

? Memasukkan slide transition ke dalam persembahan.

? Membuat animasi teks ke atas persembahan.

? Menetapkan masa untuk persembahan slaid.

? Menambah dan menghapuskan slaid.

? Menukar susunan slaid supaya teratur dan menarik.



13.1 Menyunting Persembahan

13.1.1 Memasukkan Slide Transition

• Pilih slaid yang hendak disunting
• Klik menu Slide Show
• Pilih Slide Transition
• Pilih Effect yang dikehendaki
• Klik Apply . Rujuk Rajah 13.1.1a



Rajah 13.1.1a

atau
• Klik ikon Slide Sorter View. Rujuk Rajah 13.1.1b




• Pilih slaid yang hendak disunting
• Pilih Slide Transition Effects yang dikehendaki. Rujuk Rajah 13.1.1c


UNIT 13.1.1


Bina satu persembahan bagi matapelajaran B1003 dengan tajuk-tajuk berikut :

Slaid 1 : Menyunting Persembahan
i. Memasukkan slide transition
ii. Membuat animasi teks
iii. Menetapkan masa untuk persembahan slaid
iv. Menambah dan menghapuskan slaid
v. Menukar susunan slaid
Slaid 2 :
i. Memasukkan Audio dan Video
ii. Menyimpan dan menutup persembahan
iii. Mencetak slaid

Slaid 3 : Mencipta Persembahan baru
i. Memasukkan teks dan grafik

1. Masukkan slide transition persembahan yang sesuai kepada tiap-tiap slaid.



UNIT 13.1.1


1. Buka Program PowerPoint dan taipkan teks mengikut slaid

Slide Transition
• Pilih slaid yang hendak disunting
• Klik menu Slide Show
• Pilih Slide Transition
• Pilih Effect yang dikehendaki
• Klik Apply




• Hasilnya rujuk kepada komputer




13.1.2 Membuat animasi teks

• Pilih slaid yang hendak disunting
• Klik menu Slide Show
• Pilih Preset Animation
• Pilih animasi yang dikehendaki. Rujuk Rajah 13.1.2a


Rajah 13.1.2a
atau
• Klik ikon Slide Sorter View . Rujuk Rajah 13.1.2b



Rajah 13.1.2b

• Pilih slaid yang hendak disunting
• Pilih Preset Animation yang dikehendaki. Rujuk Rajah 13.1.2c

Rajah 13.1.22c



UNIT 13.1.2


Bina satu persembahan bagi matapelajaran B1003 dengan tajuk-tajuk berikut :

Slaid 1 : Menyunting Persembahan
i. Memasukkan slide transition
ii. Membuat animasi teks
iii. Menetapkan masa untuk persembahan slaid
iv. Menambah dan menghapuskan slaid
v. Menukar susunan slaid
Slaid 2 :
i. Memasukkan Audio dan Video
ii. Menyimpan dan menutup persembahan
iii. Mencetak slaid

Slaid 3 : Mencipta Persembahan baru
i. Memasukkan teks dan grafik

1. Masukkan animasi teks persembahan yang sesuai kepada tiap-tiap slaid.


UNIT 13.1.2



1. Buka Program PowerPoint dan taipkan teks mengikut slaid

Membuat animasi teks

• Pilih slaid yang hendak disunting
• Klik menu Slide Show
• Pilih Preset Animation
• Pilih animasi yang dikehendaki


• Rujuk kepada komputer anda



13.1.3 Menetapkan masa untuk Persembahan slaid

• Pilih slaid
• Klik menu Slide Show
• Pilih Custom Animation. Rujuk Rajah 13.1.3a



Rajah 13.1.3a
• Pilih Text atau Title yang dikehendaki dalam kotak dialog Order and Timing
• Taip masa dalam kotak Automatically After
• Klik Ok. Rujuk Rajah 13.1.3b



UNIT 13.1.3


1. Bina satu persembahan bagi matapelajaran B1003 dengan tajuk-tajuk berikut :

Slaid 1 : Menyunting Persembahan
i. Memasukkan slide transition
ii. Membuat animasi teks
iii. Menetapkan masa untuk persembahan slaid
iv. Menambah dan menghapuskan slaid
v. Menukar susunan slaid
Slaid 2 :
i. Memasukkan Audio dan Video
ii. Menyimpan dan menutup persembahan
iii. Mencetak slaid

Slaid 3 : Mencipta Persembahan baru
i. Memasukkan teks dan grafik

2. Masukkan masa persembahan yang sesuai kepada tiap-tiap slaid.

UNIT 13.1.3


1. Buka Program PowerPoint dan taipkan teks mengikut slaid


2. Menetapkan masa untuk persembahan slaid

• Pilih slaid
• Klik menu Slide Show
• Pilih Custom Animation
• Pilih Text atau Title yang dikehendaki dalam kotak dialog Order and Timing
• Taip masa dalam kotak Automatically After
• Klik Ok
• Persembahkan slaid anda . Anda akan dapat lihat masa slaid dipersembahkan


13.1.4 Menambah dan menghapuskan slaid

13.1.4a Menambah slaid

• Klik menu Insert
• Pilih New Slide. Rujuk Rajah 13.1.4a1


Rajah 131.4a1
• Pilih Autolayout yang dikehendaki
• Klik Ok. Rujuk Rajah 13.1.4a2


Rajah 13.1.4a2



13.1.4b Menghapuskan slaid

• Pilih slaid yang hendak dihapuskan
• Klik menu Edit
• Klik Delete Slide. Rujuk Rajah 13.1.4b1



rajah 13.1.4b1


• Pilih slaid yang dihendaki menggunakan Pointer
• Tekan butang Delete pada papan kekunci.
Rujuk Rajah 13.1.4b2




UNIT 13.1.4

1. Bina satu persembahan bagi matapelajaran B1003 dengan tajuk-tajuk berikut :

Slaid 1 : Menyunting Persembahan
i. Memasukkan slide transition
ii. Membuat animasi teks
iii. Menetapkan masa untuk persembahan slaid
iv. Menambah dan menghapuskan slaid
v. Menukar susunan slaid
Slaid 2 :
i. Memasukkan Audio dan Video
ii. Menyimpan dan menutup persembahan
iii. Mencetak slaid

Slaid 3 : Mencipta Persembahan baru
i. Memasukkan teks dan grafik


2. Tambahkan satu slaid di antara slaid pertama dan slaid kedua untuk tajuk di bawah.

Pengenalan kepada perisian persembahan
i. Memula dan menamatkan perisian persembahan
ii. Membuka persembahan sedia ada
iii. Menjalankan persembahan slaid

3. Hapuskan slaid ke-3 daripada empat slaid di atas.


UNIT 13.1.4

1. Buka Program PowerPoint dan taipkan teks mengikut slaid

2. Menambah slaid

• Klik menu Insert
• Pilih New Slide


• Pilih Autolayout yang dikehendaki
• Klik Ok




• Taipkan teks tersebut


3. Menghapuskan slaid

• Pilih slaid yang hendak dihapuskan
• Klik menu Edit
• Klik Delete Slide


13.1.5 Menukar susunan slaid

• Klik ikon Slide Sorter View
• Pilih slaid
• Seretkan slaid kepada slaid yang hendak diubahkan

Contoh:
• Kedudukan slaid sebelum diubah.
• Rujuk Rajah 13.1.5a



Rajah 13.1.5a

Kedudukan slaid selepas diubah
• Rujuk Rajah 13.1.5b


UNIT 13.1.5


1. Bina satu persembahan bagi matapelajaran B1003 dengan tajuk-tajuk berikut :

Slaid 1 : Menyunting Persembahan
i. Memasukkan slide transition
ii. Membuat animasi teks
iii. Menetapkan masa untuk persembahan slaid
iv. Menambah dan menghapuskan slaid
v. Menukar susunan slaid
Slaid 2 :
i. Memasukkan Audio dan Video
ii. Menyimpan dan menutup persembahan
iii. Mencetak slaid

Slaid 3 : Mencipta Persembahan baru
i. Memasukkan teks dan grafik



2. Pindahkan slaid pertama ke kedudukan terakhir.


UNIT 13.1.5

1. Buka Program PowerPoint dan taipkan teks mengikut slaid

2. Menukar susunan slaid

• Klik ikon Slide Sorter View
• Pilih slaid
• Seretkan slaid kepada slaid yang hendak diubahkan

Contoh:

Kedudukan slaid sebelum diubah




Kedudukan slaid selepas diubah





UNIT 13

1. Pelajar dikehendaki membuat projek persembahan secara berkumpulan.
Tajuknya adalah bebas dan pernilaian markah bergantung kepada
kreativiti pelajar mengendalikan projek tersebut.


UNIT13


1. Rujuk pada nota dan pensyarah

UNIT 12



PERSEMBAHAN



OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara mencipta Persermbahan baru.




OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

? Memasukkan bantuan audio dan video dengan betul.
? Menyimpan dan menutup persembahan dengan betul dan teratur.
? Mencetak slaid persembahan yang telah dibina.



12.1 Memasukkan audio dan video

12.1a. Memasukkan Audio

• Pilih Blank untuk New slide.
• Klikkan Insert untuk dapatkan Clip Art.
Rujuk Rajah 12.1a1

Rajah 12.1a1

• Pilih gambar yang sesuai melalui kategori Clip Art.
Rujuk Rajah 12.1a2


• Klik pada gambar yang sesuai.
Rujuk Rajah 12.1a3



• Gambar-gambar dapat dilihat apabila Scroll Bar digerakkan.
• Untuk menghasilkan Audio, klik pada Sounds seperti di bawah.
Rujuk Rajah 12.1a4



• Pelbagai pilihan Audio dipaparkan.
• Pilih salah satu gambar Speaker yang dikehendaki
• Klik pada Play Clip supaya contoh Audio dapat dimainkan
Rujuk Rajah 12.1a5



Rajah 12.1a5


Hasilnya Rujuk Rajah 12.1a6



12.1b. Memasukkan Video

• Pilih blank untuk New Slide.
• Klik pada Insert di Menu Bar dan Picture untuk memasukkan Clip Art.
Rujuk Rajah 12.1b1



• Pilih gambar yang sesuai dan klik pada Motion Clip.
Rujuk Rajah 12.1b2



• Klik pada gambar yang sesuai, satu dailog akan dipaparkan, klik pada Play Clip supaya video dapat dipaparkan.
Rujuk Rajah 12.1b3



Rajah 12.1b3

• Klik Insert Clip supaya gambar tadi dapat dipaparkan pada slaid nanti.
Rujuk Rajah 12.1b4


Rajah 12.1b4



• Klik Slide Show. Rujuk Rajah 12.1b5


• Video dapat dimainkan. Rujuk Rajah 12.1b6



UNIT 12.1


1. Bina satu persembahan teks dan grafik yang mengandungi audio dan video.

UNIT 12.1

Memasukkan teks

• Pastikan Program PowerPoint telah dibuka

• Klik slaid Text & Clip Art dan klik OK.




• Klik pada kotak Clik to add title. Klik pada kotak Clik to add text. Taipkan sebarang ayat yang sesuai.



• Klik pada kotak Double click to add clip art. Microsoft Clip Gallery akan dipaparkan.


Memasukkan Audio

• Pilih Blank untuk New slide.
• Klikkan Insert untuk dapatkan clip Art.


• Pilih gambar yang sesuai melalui kategori Clip Art.




o Klik pada gambar yang sesuai.



• Gambar-gambar dapat dilihat apabila Scroll Bar digerakkan.
• Untuk menghasilkan audio, klik pada Sounds seperti ditunjuk gambar.




• Pelbagai pilihan audio akan dipaparkan.



• Pilih salah satu gambar Speaker yang sesuai dan klik pada Play Clip supaya contoh audio dapat dimainkan.




Memasukkan Video

• Pilih blank untuk New Slide.
• Klik pada insert di menu bar dan picture untuk memasukkan clip art.



• Pilih gambar yang sesuai dan klik pada motion clip.




• Klik pada gambar yang sesuai, satu dailog akan dipaparkan, klik pada play clip supaya video dapat dipaparkan.


• Klik insert clip supaya gambar tadi dapat dipaparkan pada slaid nanti.



• Klik slide show.




• Video dapat dimainkan.


12.2 Menyimpan dan Menutup Persembahan

12.2a. Menyimpan Persembahan


• Klik pada File di Menu Bar, pilih Save As.
Rujuk Rajah 12.2a1



Rajah 12.2a1


• Kotak menyimpan dailog akan dipaparkan.
Rujuk Rajah 12.2a2



Rajah 12.2a2


• Masukkan nama fail dan pilih Disk Drive yang sesuai pada Save In dan clik .




12.2b Menutup persembahan

Klik pada Close Window di sebelah atas kanan skrin. Rujuk Rajah 12.2b1




Rajah 12.2b1


Atau pilih Close di pull down bar pada File. Rujuk Rajah 12.2b2


UNIT 12.2


1. Bina satu persembahan teks dan grafik yang mengandungi audio dan video. Simpan persembahan tersebut dalam disket .


UNIT 12.2



• Kotak menyimpan dailog akan dipaparkan.



rajah 12.14


• Masukkan nama fail dan pilih disk drive yang sesuai pada Save in dan clik .


12.3 Mencetak Slaid

• Pilih File dan klik Print atau menekan Ctrl+P.
Rujuk Rajah 12.3.1



Rajah 12.3.1

• Kotak dailog cetak dipapar. Di Print Range, klik Slides, masukkan nombor slaid yang hendak dicetak.
Rujuk Rajah 12.3.2



Rajah 12.3.2


• Klik . Pencetakan akan dijalankan.



UNIT 12.3


1. Bina satu persembahan teks dan grafik yang mengandungi audio dan video. Simpan persembahan tersebut dalam disket dan akhirnya cetakkan persembahan anda.

UNIT 12.3


Mencetak Slaid

• Pilih File dan klik Print… atau menekan Ctrl+P.



• Kotak dailog cetak dipapar. Di Print range, klik Slides, masukkan nombor slaid yang hendak dicetak.




UNIT 12


1. Pelajar dikehendaki membina slaid baru dan memasukkan persembahan teks dan grafik yang dikehendaki.

Contohnya : TAHUN MELAWAT MALAYSIA


UNIT 12



1. Rujuk pada nota dan pensyarah

UNIT 11



PERSEMBAHAN


OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara mencipta persembahan baru.


OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

? Memasukkan teks dan grafik dalam persembahan.



11.1 MENCIPTA PERSEMBAHAN BARU

11.1.1 Memasukkan Teks dan Grafik

11.1.1a Memasukkan teks

• Pastikan Program PowerPoint telah dibuka
• Klik slaid Text & Clip Art
• Klik OK.
Rujuk Rajah 11.1.1a1



Rajah 11.1.1a1

• Paparan slaid akan dibahagi kepada tiga. Sebelah kiri ialah Outline, sebelah kanan atas ialah Slide, catitan nota di bawahnya.
• Klik pada kotak Clik to add title. Taipkan sebarang teks.
Rujuk Rajah 11.1.1a2



• Contoh teks yang siap ditaipkan.
Rujuk Rajah 11.1.1a3


11.1.1b Memasukkan grafik

• Klik pada kotak Text and clip art
Rujuk Rajah 11.1.1b1

Rajah 11.1.1.1b1

• Double click to add clip art.
Rujuk Rajah 11.1.1b2


Rajah 11.1.1b2

• Microsoft Clip Gallery . dipaparkan dan pilih gambar yang dikehendaki contohnya klik gambar Animals
Rujuk Rajah 11.1.1b3

Rajah 11.1.1b3


• Klik pada gambar yang dipilih dan klik Insert Clip.
Rujuk Rajah 11.1.1b4



• Gambar telah terpapar pada slaid Persembahan.
Rujuk Rajah 11.1.1b5


1. Bina satu persembahan teks dan grafik yang melambangkan Keluarga Bahagia

Contohnya
• Kasih Sayang
• Hormat Menghormati
• Jujur


2. Bina satu persembahan teks dan grafik yang mengenai aktiviti yang dijalankan pada Hari Sukan


UNIT 11.1

1. Memasukkan teks

• Pastikan Program PowerPoint telah dibuka

• Klik slaid Text & Clip Art dan klik OK.



• Klik pada kotak Clik to add title. Taipkan sebarang teks.



• Klik pada kotak Double click to add clip art. Microsoft Clip Gallery akan dipaparkan.

• Hasilnya seperti dibawah



UNIT 11



1. Pelajar dikehendaki membina slaid baru dan memasukkan persembahan teks dan grafik yang dikehendaki.

UNIT 11



1. Rujuk pada nota dan pensyarah

UNIT 10




PERSEMBAHAN



OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perisian persembahan secara umum.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

? Memulakan dan menamatkan perisian persembahan.

? Membuka fail persembahan yang sedia ada.

? Melaksanakan persembahan slaid

? Menukarkan jenis-jenis paparan


10.1 Pengenalan kepada perisian persembahan

10.1.1 Memulakan dan menamatkan perisian persembahan

10.1.1a Memulakan
• Klik Start
• Pilih Program
• Klik Microsoft Power Point
Rujuk Rajah 10.1.1a1

Rajah 10.1.1a1
• Pilih Blank Presentation
• Klik Ok
• Klik Ok. Rujuk Rajah 10.1.1a2


Atau

• Klik


10.1.1 b. Menamatkan

• Klik menu File
• Pilih Exit
Rujuk Rajah 10.1.1b1

Rajah 10.1.1b1
atau

• Klik


UNIT 10.1.1


1. Anda dikehendaki menaipkan satu persembahan bagi Komponen Internet seperti dibawah

• Browser
• E-mail
• Ftp
• Newgroup

2. Anda dikehendaki menaipkan senarai nama ahli kumpulan projek kelas.


UNIT 10.1.1

1. Memulakan
• Klik Start
• Pilih Program
• Klik Microsoft Power Point


• Pilih Blank Presentation
• Klik Ok
• Klik Ok.


• Taipkan teks berkenaan




10.1.2 Membuka fail persembahan sedia ada

• Klik Program ke Microsoft Power Point
• Pilih Open an Existing Presentation
• Pilih Persembahan yang dikehendaki dalam Kotak Dialog
• Klik Ok
Rujuk Rajah 10.1.2


UNIT 10.1.2



1. Fail Aktiviti mengandungi aktiviti Jabatan. Anda dikehendaki membuka fail Persembahan tersebut.


UNIT 10.1.2


1. Klik File
Klik Open
Pilih Open

Maklumat fail aktiviti terdiri daripada


10.1.3 Menjalankan persembahan slaid

• Pilih slaid yang hendak ditayang
• Klik menu View
• Pilih Slide Show
Rujuk Rajah 10.1.3

atau Rajah 10.1.3

• Pilih slaid yang hendak ditayang
• Klik ikon Slide Show


UNIT 10.1.3

1. Fail Aktiviti mengandungi aktiviti Jabatan. Anda dikehendaki membuka fail Persembahan tersebut.dan lakukan persembahan slaid


UNIT 10.1.3
1.
• Pilih slaid yang hendak ditayang
• Klik menu View
• Pilih Slide Show
Rujuk Rajah 10.1.3

atau Rajah 10.1.3

• Pilih slaid yang hendak ditayang
• Klik ikon Slide Show

Hasilnya :


10.1.4 Menukar jenis-jenis paparan

• Klik menu Format
• Pilih Apply Design Template
• Pilih jenis paparan yang dikehendaki
• Klik butang Apply
Rujuk Rajah 10.1.4


UNIT 10.1.4


1. Fail Aktiviti mengandungi aktiviti Jabatan. Anda dikehendaki membuka fail Persembahan dan tukarkan paparan kepada BAMBOO seterusnya laksanakan persembahan slaid.



UNIT 10.1.4

• Klik menu Format
• Pilih Apply Design Template
• Pilih jenis paparan yang dikehendaki (Contoh : BAMBOO)
• Klik butang Apply

Hasilnya :


UNIT 10

1. Bina persembahan slaid bagi “Jadual Bertugas Harian Membersih Kelas” dan simpan dalam fail

UNIT 10


1. Rujuk kepada nota dan pensyarah

UNIT 9



MENYEDIAKAN GRAF


OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar cara menyediakan graf.


OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

• Menggunakan Chart Wizard.
• Membina pelbagai bentuk graf.


9.1 Menggunakan Chart Wizard.

Terdapat empat langkah dalam Chart Wizard untuk menghasilkan sebuah graf.
Langkah 1: Membina data-data yang berkenaan di dalam Lembaran Kerja (Microsoft Excel).

Langkah 2: Membuat pengubahsuaian pada graf.

Langkah 3: Memasukan data-data di dalam Chart Options yang terdiri daripada Titles, Axes, Gridlines, Data Labels dan Data table.

Langkah 4: Graf siap dihasilkan.


9.2 Menghasilkan Beberapa Jenis Graf Mudah.

Langkah 1: Membina data-data yang berkenaan di dalam Lembaran Kerja (Microsoft Excel).

Contoh di bawah merupakan data yang digunakan dalam menyediakan sebuah graf. Rujuk pada Rajah 9.2.(a)


Rajah 9.2(a)


• Blokkan data yang hendak ditukar dalam bentuk graf. Rujuk pada Rajah 9.2(b).


Rajah 9.2(b)


• Klik ikon Chart Wizard . Rujuk pada Rajah 9.2(c).



Rajah 9.2(c)
atau


• Klik Insert
• Klik Menu Chart. Rujuk pada Rajah 9.2(d).



Skrin Chart Wizard –Langkah 1-4 akan di paparkan seperti dalam Rajah 9.2(e). Pada ruangan ini terdapat pelbagai jenis graf yang boleh dipilih oleh anda.

• Klik salah satu jenis graf.
• Klik Next

Langkah 2: Membuat pengubahsuaian pada graf.

Skrin Chart Wizard –Langkah 2-4 akan di paparkan seperti dalam Rajah 9.2(f). Paparan Data Range dan Series dipamerkan.

• Klik pada Series.
Rujuk pada Rajah 9.2(f).




Rajah 9.2(f)

Pada skrin ini, contoh graf akan di paparkan pada ruangan Series adalah adalah graf yang mengambarkan data graf tidak lengkap. Pengubahsuaian perlu di buat pada graf yang anda kehendaki iaitu:-

a. Pengubahsuaian pada gambaran graf.

• Pada ruangan Series, klik TAHUN, kemudian klik Remove. Rujuk pada Rajah 9.2(g).



Rajah 9.2(g)

b. Pengubahsuaian pada paksi x.

Tujuan pengubahsuaian pada paksi-x adalah untuk melabelkan data pada paksi-x.

• Klik ikon pada Category (x) axis label. Rujuk pada Rajah 9.2(h).


Rajah 9.2(h)



• Blokkan data yang dikehendaki, untuk melabelkan data pada paksi-x. Rujuk pada Rajah 9.2(i)

• Klik ikon pada – Chart Source Data – Category [X].


Rajah 9.2(i)

• Klik Next merujuk kepada Rajah 9.2(g).


Langkah 3: Memasukan data-data di dalam “Chart Options” yang terdiri daripada Titles, Axes, Gridlines, Data Labels dan Data table.

• Klik pada Titles.

Dalam ruangan Titles, anda dikehendaki menamakan tajuk graf, kategori pada paksi x dan kategori pada paksi y.

• Sebagai contoh,anda taipkan pada ruangan:-

Chart title : JUMLAH KEMASUKAN PELAJAR KE PKB.
Category (X) axis : TAHUN
Category (Y) axis : JUMLAH PELAJAR

• Klik pada Gridlines.

Dalam ruangan Gridlines, pada bahagian Value (Y) axis klik pada ? kotak Major gridlines. Tujuannya adalah untuk menghilangkan garisan selari pada paksi-y. Rujuk pada Rajah 9.2(k).


• Klik pada Legend.

Dalam ruangan Legend, terdapat pilihan untuk menunjukan atau memadamkan ruangan Show legend. Klik pada ? kotak Show legend untuk memadamkan ruangan tersebut. Rujuk pada Rajah 9.2(l).


• Klik pada Data Labels.

Dalam ruangan Data Labels, diberi pilihan untuk meletakkan nilai pada graf yang diperolehi. Klik pada Show value. Rujuk pada Rajah 9.2(m).


• Seterusnya, klik Next apabila anda selesai menyediakan data yang betul dan sempurna pada graf yang dikehendaki.


Langkah 4 : Graf siap dihasilkan.

• Klik Finish. Rujuk pada Rajah 9.2(n).

• Sebuah graf dapat dihasilkan.
Rujuk pada Rajah 9.2(o).


? Menukar Jenis Graf

Apabila sebuah graf berjaya dihasilkan,anda boleh menukarkan bentuk jenis graf yang dikehendaki.

• Blokkan graf yang telah siap diperolehi. Rujuk pada Rajah 9.2(p).




Rajah 9.2(p)

• Klik Chart
• Klik menu Chart Type



Rajah 9.2(q)


Paparan Chart Type akan dipamerkan seperti dalam
Rajah 9.2(r ).





Rajah 9.2(r)

• Pilih salah satu jenis carta.
• Klik OK.
• Graf jenis baru akan dihasilkan.
Rujuk pada Rajah 9.2(s).
.


UNIT 9

1. Sediakan jadual A di bawah.

Hasil Jualan Tahunan 2000 bagi Koperasi Politeknik PKB.

BULAN HASIL JUALAN (RM)
JANUARI 4500
FEBRUARI 3800
MAC 3000
APRIL 2500
MEI 1000
JUN 5500
JULAI 4800
OGOS 4500
SEPTEMBER 3000
OKTOBER 2300
NOVEMBER 1000
DISEMBER 5000

Jadual A

Dari jadual tersebut :-

a) Bina graf carta bar.
b) Menukar bentuk graf tersebut kepada bentuk jenis graf yang lain.



2. Berikut adalah jadual purata cuaca bulanan di 4 buah bandar utama dunia pada tahun 2001.


Suhu
Bulanan Jan
C? Feb
C? Mac
C? Apr
C? Mei
C? Jun
C? Jul
C? Ogos
C? Sept
C? Oct
C? Nov
C? Dec
C?
Kuala
Lumpur 20 25 26 27 27 29 26 26 24 23 21 20
Mekah 30 35 40 42 47 48 46 44 42 40 36 32
Seoul 18 20 22 25 26 25 26 25 20 18 15 12
London 7 10 12 18 20 30 35 32 19 16 12 8

Daripada jadual tersebut, bina sebuah graf.



UNIT 9

1(a). Graf carta bar yang terhasil.



1(b). Bentuk graf garis lurus yang terhasil.



2. Graf yang sempurna dibina.


UNIT 9



1. Bina satu graf yang sesuai berdasarkan maklumat yang anda perolehi mengenai bilangan pelajar semester satu mengikut jabatan-jabatan di Politeknik di mana anda sedang menuntut.


UNIT 9


1. Rujuk kepada komputer atau sila bertanya kepada pensyarah anda.