Sunday, 7 December 2008

UNIT 1



SISTEM KOMPUTER


OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkakasan dan perisian komputer.


OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

? Membezakan perkakasan dan perisian komputer.

? Membezakan perisian system pengoperasian dan perisian aplikasi .

? Membeza sistem pengoperasian komputer dengan sistem pengoperasian rangkaian.

? Menggunakan perisian aplikasi dengan betul.



1.1 Menerangkan dengan ringkas perkembangan komputer

Komputer berasal daripada perkataan lain ‘Computare’ bermaksud mengira seperti mesin kira, slide rule dan lain-lain. Komputer adalah media elektronik yang berupaya menterjemahkan dan melaksanakan arahan-arahan input, output dan operasi logik.
Komputer membaca daripada media input atau media storan dan menulis pada media output atau media storan. Biasanya data input dimasukkan oleh operator data ke dalam media storan melalui papan kunci dan dapat dilihat pada monitor. Apabila data dan maklumat telah diproses maka outputnya boleh ditulis pada media output seperti alat cetak atau cakera.

Asas pemprosesan sistem komputer .


1.2 PERKAKASAN KOMPUTER

1.2.1 Mengetahui perkakasan yang membentuk suatu
komputer


CPU merupakan perkakasan yang berfungsi untuk menterjemah dan melaksanakan arahan aturcara dan berkomunikasi dengan input,output dan pranti storan kawalan. Komputer boleh menghantar pada kelajuan 654,000 kaki sesaat. Kelajuan pemprosesan komputer adalah penting dalam melancarkan perjalanan urusan seharian seperti pengeluaran wang, penempahan tiket kapall terbang, penempahan bilik hotel dan sebagainya.



CPU MENGANDUNGI TIGA KOMPENAN UTAMA:-

1.2.1.1a Unit Kawalan

Unit kawalan mengandungi litar yang akan mengarahkan keseluruhan sistem untuk melaksanakan arahan aturcara yang mengkoordinasikan bahagian-bahagian lain. Ia juga memberitahu peranti input apabila input tambahan diperlukan dan memberi arahan kepada peranti output di mana maklumat disediakan untuk output.
Unit kawalan tidak menyimpan data atau aturcara. Ia dilakukan oleh unit storan utama di mana data dan aturcara disimpan setiap kenyataan dalam aturcara. Komputer merupakan input, unit kawalan akan menterjemahkan setiap pernyataan dan mengarahkannya kepada kompenan CPU.

1.2.1.1b Unit Arithmatik dan Logik (ALU)

Unit arithmatik dan logik merupakan bahagian CPU yang membuat pengiraan dan perbandingan data berdasarkan arahan yang di terima dari unit kawalan. Unit arithmatik dan logik mengawal kelajuan pengiraan. Operasi arithmatik adalah operasi matematik + , - , * dan / . Operasi logikal mengandungi operasi perbandingan seperti = , < , > , <>, <= dan >= .


1.2.1.1c Storan Utama

Storan Utama dipanggil sebagai ingatan utama. Ingatan utama adalah sebahagian daripada komputer yang menyimpan:-

i. Data yang di proses.
ii. Arahan untuk pemprosesan aturcara.
iii. Memproses data yang sedang menunggu untuk
dijadikan output.


1.2.1.1d Storan Sekunder

Storan Sekunder di panggil storan auxiliary dan secara fizikal terletak di luar pemprosesan. Storan Sekunder boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti pita bermagnet, cekera keras dan disket.

Kelebihan Storan Sekunder adalah seperti berikut:-

i. Ekonomi
Lebih jimat untuk menyimpan data pada media
bermagnet daripada kabinet atau di dalam storan
utama.

ii. Muatan
Terdapat lebih muatan dalam storan sekunder berbanding dengan storan utama.

iii. Keselamatan.
Data selalunya disimpan dalam storan sekunder supaya ia lebih selamat daripada gangguan pengguna yang tidak sah atau daripada pencerobohan data maklumat.


1.2.2 Membezakan konsep komputer bersendirian dan rangkaian

Komputer persendirian tidak boleh berkongsi perisian dan perkakasan. Sebaliknya bagi komputer rangkaian boleh berkongsi sumber perisian dan perkakasan. Contohnya Rangkaian Komputer Tempatan (LAN).

1.2.3 Mengenalpasti kelebihan system Rangkaian Komputer Tempatan (LAN)

Merupakan system di mana banyak komputer dihubungkan secara fizikal ke satu lokasi dalam kawasan geografi yang terhad. Kelebihan menggunakan LAN adalah untuk berkongsi sumber di antara nod yang disambungkan ke LAN dalam rangkaian.

Sumber-sumber yang dikongsi adalah peranti output, data dan
fail perisian,perkakasan telekomunikasi ( Modem dan feksimil ), peranti storan sekunder ( cakera Optik dan CD-ROM ) dan komputer khas ( Pemprosesan Vektor ).


1.3 Perisian Komputer

1.3.1 Mengetahui fungsi perisian sistem pengoperasian dan perisian aplikasi

Perisian adalah satu set susunan arahan yang dapat difahami oleh komputer. Ia dibuat untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu operasi.

Perisian terbahagi kepada 3 bahagian:

1.3.1a Perisian system

Aturcara yang menggerakkan system komputer. Aturcara ini mengandungi rutin yang membolehkan sumber-sumber komputer digunakan secara maksimum. Setiap jenis komputer yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar komputer mempunyai perisian system yang berbeza. Contohnya:
• MS-DOS( MICROSOFT DOS )
• PC-DOS ( PERSONEL COMPUTER DOS )
• DR-DOS ( DIGITAL RESEARCH )
• UNIX ( MULTI USER MULTI TASKING )
• XENIX (MULTI USER MULTI TASKING )

1.3.1b Aplikasi Pengguna

Bagi penggunaan komputer mikro, terdapat banyak pakej perisian telah direka bentuk bagi menyesuaikan kerja-kerja kursus seperti bidang perniagaan, Matematik , Saintifik , teknikal dan lain-lain. Di antara pakej perisian adalah:
• LOTUS 123
• dBASE III Plus
• PANACEA
• WORDSTAR
• WORDPERFE
• DAISY dan lain-lain.


1.3.1c Bahasa Komputer

• Bahasa Paras Rendah atau Kod mesin
• Bahasa Perhimpunan
• Bahasa Paras Tinggi ( Bahasa C++, Pascal, Java, Fortran dan lain)


1.3.2 Mengetahui jenis sistem pengoperasian komputer sistem Windows, UNIX dan Linux.

Sistem pengoperasian komputer seperti Windows, UNIX dan Linux adalah satu set program yang dapat mengoptimakan penggunaan sistem komputer. Ia berfungsi untuk mengawal, menjadual dan menyelaraskan operasi komputer. Dan menjadikan perantaraan perkakasan komputer dengan komputer.


1 .3.3 Memperkenalkan sistem pengoperasian rangkaian seperti Novell Netware, Windows NT dan UNIX.

1.3.3a Windows NT

Aplikasi yang membenarkan kebanyakan UNIX dan LINUX untuk berintegrasi dengan rangkaian Microsoft sebagai pelanggan dan juga pelayan. Jika bertindak sebagai pelayan, ia membenarkan pelanggan Windows 95, Windows for Workgroups, DOS dan Windows NT untuk mencapai fail Linux . Ia boleh mengambilalih Windows NT secara sepenuhnya , termasuk muat – turun ( download ) ,automatik pemandu ( driver automatic) pencetak kepada pelanggan.

1.3.3b UNIX

Kaedah yang terbaik untuk berkongsi fail dalam persekitaran UNIX ialah melalui NFS. NFS bermaksud Network File Sharing. IApabila satu pelanggan “mount” sistem fail yang dieksport oleh pelayan NFS, sistem fail tersebut akan dipaparkan kepada pelanggan seolah-olah ia adalah salah satu daripada sistem fail tempatan. Fail sistem NFS boleh di mount semasa boot, sekaligus
membolehkan penggunaan pelanggan tanpa cakera keras untuk boot dan mencapai semua fail dari pelayan.


1.3.3c LINUX

Pencipta utama Linux ialah Linus Torvalds. Ia adalah klon sistem pengoperasian UNIX yang ditulis secara keseluruhan awal. Pembangunan Linux berlaku dengan serentak berbeza di seluruh dunia. Linux berbeza dengan sistem pengoperasian yang lain kerana tahap keupayaannya. Antaranya :

• Ia merupakan satu sistem pengoperasian pelbagai tugas ( multitasking ) 32-bit yang sebenar, lasak dan cukup berkeupayaan untuk digunakan di universiti hingga ke syarikat-syarikat gergasi.
• Ia boleh dilaksanakan dari pc 386 hinggalah kepada komputer “ultra parallel” yang besar di pusat-pusat penyelidikan.
• Terdapat versi untuk senibina Intel/Sparc/Alpha yang boleh digunakan terus, dan sokongan penyelidikan kepada PowerPC dan “embedded systems” antara lainnya ( SGI, Ultra Sparc, AP1000+, Strong ARM, MIPS R3000/4000..)


1.3.3d Novell

Seperti yang telah dinyatakan, Linux boleh dikongfigurasikan untuk bertindak sebagai pelanggan atau pelayan , sekaligus membolehkan khidmat fail dan percetakan melalui satu rangkaian Novell dan pelanggan UNIX.


1.3.4 Mengenali jenis dan bidang penggunaan perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan, lembaran kerja, persembahan, animasi, perisian kejuruteraan dan perisian komunikasi.

1.3.4a PERISIAN PERKATAAN

Membuat laporan, makalah, surat menyurat, buku dan lain-lain kemudahan. Contohnya WORDSTAR, WORDPERFECT, PFS, MULTIMATE, MICROSOFT WORD dan lain-lain.

1.3.4b LEMBARAN KERJA ( helaian elektronik )

Membuat pengiraan, jadual dan lain-lain. Contohnya LOTUS 123, SYMPHONY, SUPERCALC, EXCEL dan lain-lain.

1.3.4c PERSEMBAHAN / ANIMASI

Membuat gambarajah, graf, pengiklanan dan lain-lain. Contohnya, FREELANCE, NEWS ROOM, PRINTSHOP, PRINTMASTER, POWER POINT dan lain-lain.

1.3.4d PERISIAN KOMUNIKASI

Mengawal laluan data dari satu lokasi ke lokasi lain. Contohnya, NOVELL, ETHERNET, PHONEBOOT, PC-HOOKER, COMPUTER TELEX dan lain-lain.





UNIT 1


1. Nyatakan 3 komponen utama CPU ( CENTRAL PROCESSING UNIT ).

2. Terangkan fungsi perisian system pengoperasian dan perisian aplikasi.

3. Apakah perbezaan antara Windows dengan Windows NT.

4. Nyatakan perisian aplikasi yang digunakan masa kini untuk memproses perkataan, lembaran kerja, perisian kejuruteraan dan perisian komunikasi.




UNIT 1


1. Komponen CPU adalah Unit Kawalan, Unit Aritmetik dan Logik dan
Storan Utama.

2. Perisian sistem pengoperasian adalah pengerak kepada setiap sistem
komputer. Sistem pengoperasian komputer adalah berfungsi untuk

• mengawal operasi komputer
• menjadual dan menyelaraskan operasi komputer
• menjadikan perantaraan perkakasan komputer dengan komputer



Manakala fungsi perisian aplikasi adalah direka bentuk bagi menyesuaikan kerja-kerja kursus seperti bidang perniagaan, Matematik , Saintifik , teknikal dan lain-lain.

3. Sistem pengoperasian komputer seperti Windows adalah satu set program yang dapat mengoptimakan penggunaan sistem komputer. Ia berfungsi untuk mengawal operasi komputer, menjadual dan menyelaraskan operasi komputer dan menjadikan perantaraan perkakasan komputer dengan komputer Windows adalah sistem pengoperasian komputer. Pengerak kepada setiap sistem komputer masa kini. Manakala Windows NT adalah sistem pengoperasian rangkaian aplikasi yang membenarkan kebanyakan UNIX dan LINUX untuk berintegrasi dengan rangkaian Microsoft sebagai pelanggan dan juga pelayan. Jika bertindak sebagai pelayan, ia membenarkan pelanggan Windows 95, Windows for Workgroups, DOS dan Windows NT untuk mencapai fail Linux dan khidmat percetakan. Ia boleh mengambilalih Windows NT secara sepenuhnya, termasuk muat – turun ( download ) automatik pemandu ( driver ) pencetak kepada pelanggan.



4. Fungsi perisian aplikasi masa kini:
memproses perkataan – Microsoft Word
lembaran kerja - Excel
perisian kejuruteraan – Autocad dan Protel
perisian komunikasi – Internet Explorer





UNIT 1

1. Apakah mungkin berlaku sekiranya sistem pengoperasian komputer seperti Windows, Unix atau Linux tidak di Install kan .






UNIT 1


1. Komputer tidak dapat di Boot kan kerana tidak mempunyai sistem pengoperasian komputer.

No comments: