Sunday, 7 December 2008

UNIT 3





PEMPROSESAN PERKATAAN




OBJEKTIF AM: Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengenalan
kepada pemprosesan perkataan .


OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

? Memulakan dan menamatkan program Microsoft Word dengan betul dan sistematik.

? Mengenali dan menggunakan ikon-ikon Standard Toolbars, contohnya; menyimpan, membuka dan mencetak data.

? Menggunakan ikon Help sekiranya memerlukan bantuan semasa menggunakan program Microsoft Word.




3.1 PENGENALAN KEPADA PEMPROSESAN PERKATAAN


Microsoft Word dapat membantu para pengguna menyediakan dokumen-dokumen seperti surat, laporan, manual, newsletters, brochures dan sebagainya dengan cepat dan berkesan. Microsoft Word menyediakan pelbagai ciri-ciri istimewa dalam menyunting dan menformat dokumen.


3.1.1 Memulakan Dan Menamatkan Pemprosesan Perkataan


3.1.1a Memulakan program Microsoft Word

• Klik pada butang Start
• Pilih Programs
• Klik Microsoft Word
Rujuk pada Rajah 3.1.1a (i)


Ataupun

• Klik dua kali pada ikon Microsoft Word
Rujuk pada Rajah 3.1.1a (ii)



Rajah 3.1.1a (ii)


3.1.1b Menamatkan program Microsoft Word

• Klik pada menu file, klik pada Exit
Rujuk pada Rajah 3.1.1b ( i )




Ataupun

• Klik pada butang Exit
Rujuk pada Rajah 3.1.1b (ii)



UNIT 3.1.1



1. Nyatakan langkah-langkah bagi memulakan dan menamatkan program Microsoft Word dengan teratur.


UNIT 3.1.1


1. -Memulakan program Microsoft Word

• Klik pada butang Start
• Pilih Programs
• Pilih Microsoft Word

Ataupun

• Klik dua kali pada ikon Microsoft Word



-Menamatkan program Microsoft Word

• Klik pada menu File, klik pada Exit

Ataupun

• Klik pada ikon Close



3.1.2 Memahami Fungsi Standard Toolbars


Untuk ke Standard Toolbars

• Klik menu View, pilih Toolbars
• Klik Toolbars Standard
Rujuk pada Rajah 3.1.2 (i)




Ikon-ikon yang terdapat dalam Standard Toolbars




Antara fungsi-fungsi ikon dalam Standard Toolbars ialah :

Undo Typing : Mendapatkan balik perkataan atau teks yang
terpadam.

Paste : Memindahkan atau memasukkan objek, teks atau
kandungan di dalam sel ke tempat yang dikehendaki
apabila menggunkan arahan Cut dan Copy.

Save : Menyimpan dokumen ke dalam fail atau folder yang
dikehendaki.

Print Preview : Melihat keseluruhan dokumen yang terhasil
apabila dicetak. Langkah ini penting
digunakan sebelum aktiviti percetakan.

Open : Membuka atau mencari fail yang sedia ada.

Print : Mencetak dokumen yang dikehendaki.

Format Painter : Cara pantas untuk menyalin format dari satu

teks kepada teks yang lain.



Contoh penggunaan ikon-ikon Standard Toolbars


Contoh Petikan


Ikon Open: Membuka dokumen yang sedia ada


• Klik File dan pilih Open
Rujuk pada Rajah 3.1.2 (iv) )





Rajah 3.1.2 ( iv )


Ataupun

• Klik ikon Open
• Kotak Dialog Open akan dipaparkan
Rujuk pada Rajah 3.1.2 (v )



• Pilih File Name: Tugasan satu

• Klik Open



Ikon Save: Menyimpan dokumen


• Klik File dan pilih Save
Rujuk pada Rajah 3.1.2 ( vi ) )



Rajah 3.1.2 ( vi )


Ataupun

• Klik ikon Save
• Dokumen terkini disimpan setelah proses Saving
selesai.


Ikon Print: Mencetak dokumen atau data


• Klik File dan pilih Print
Rujuk pada Rajah 3.1.2 ( vii )



Rajah 3.1.2 ( vii )

Ataupun

• Klik ikon Print
• Kotak Dialog Print akan dipaparkan
Rujuk pada Rajah 3.1.2 ( viii )



Rajah 3.1.2 ( vii )





• Pilih Page Range dan bilangan Copies yang
dikehendaki
• Klik OK


UNIT 3.1.2



1. Senaraikan ikon-ikon dalam Rajah di bawah


Ikon-ikon yang terdapat dalam Standard Toolbars



2. Namakan ikon yang digunakan untuk membuka dan menyimpan fail.


1.


Ikon-ikon yang terdapat dalam Standard Toolbars



2.
Ikon yang digunakan untuk membuka fail ialah Open
Ikon yang digunakan untuk menyimpan fail ialah Save




3.1.3 Mendapatkan Help


• Klik menu Help
• Klik Microsoft Word Help
• Pilih Option atau Search
• Klik pada pilihan anda
• Rujuk pada Rajah 3.1.3


UNIT 3.1.3



1. Apakah kegunaan ikon Help.



UNIT 3.1.3



1. Ikon Help digunakan ketika pengguna memerlukan bantuan semasa menggunakan program Microsoft Word.



UNIT 3



1. Pelajar dikehendaki menaip teks yang edarkan dan menyimpan teks tersebut dalam satu fail.

2. Teks yang siap ditaip hendaklah dicetak dan dihantarkan kepada pensyarah.



UNIT 3


1. Rujuk kepada komputer atau sila bertanya kepada pensyarah anda.

No comments: