LEMBARAN KERJA
OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai menggunakan formula dan fungsi asas dalam sel.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:
? Menggunakan formula dalam pengiraan dengan betul dan sistematik.
? Menggunakan fungsi dengan baik dan berjaya.
8.1 Menggunakan Formula dan Fungsi Asas Dalam Sel
8.1.1 Memasukkan formula.
Formula adalah operasi pengiraan secara manual. Operator-operator aritmetik digunakan bagi melaksanakan operasi-operasi asas matematik ( +, ?,?, ?, ?, % ). Ia dapat membantu kita mengira dan menganalisa data dalam lembaran kerja. Kebiasaannya, formula akan bermula dengan tanda “=”.
Simbol formula:
• Penambahan : (+)
• Penolakan : (?)
• Pendaraban : (*)
• Pembahagian : ( / )
Contoh formula :
• =20+40+60
• =A1+A2+A3
• =( B4 / C4 )*100
Jawapan akan dipaparkan apabila kekunci Enter ditekan selepas formula.
Contoh di bawah menyediakan penggunaan formula.
Rajah 8.1.1(a)
? Mengira Jumlah
• Kira markah keseluruhan untuk Anis dengan cara meletakkan kursor pada sel jumlah bagi Anis (H3).
• Taip formula :=SUM ( D3+E3+F3+G3). Rujuk pada Rajah 8.1.1(b).
Rajah 8.1.1(b)
• Tekan Enter.
• Jumlah markah keseluruhan Anis dipaparkan. Rujuk pada Rajah 8.1.1(c).
Rajah 8.1.1(c)
• Markah pelajar lain didapati dengan menyalin formula di atas ( seretkan kursor dari H3 sehingga H12 dan lepaskan )
• Jumlah pelajar lain akan didapati. Rujuk pada Rajah 8.1.1(d).
Rajah 8.1.1(d)
? Mengira Purata.
• Kira purata keseluruhan untuk Bahasa Melayu dengan cara meletakkan kursor pada sel D13.
• Taipkan formula :
=(D3+D4+D5+D6+D7+D8+D9+D10+D11+D12 )/10
Rujuk pada Rajah 8.1.1(e).
Rajah 8.1.1(e)
• Tekan Enter.
• Purata keseluruhan Bahasa Melayu dipaparkan. Rujuk pada Rajah 8.1.1(f).
Rajah 8.1.1(f)
• Purata matapelajaran yang lain didapati dengan menyalin formula di atas (seretkan kursor dari D13 sehingga G13 dan lepaskan). Rujuk pada Rajah 8.1.1(g).
UNIT 8.1.1
1. Berdasarkan Jadual di bawah kirakan Jumlah Markah Kuiz Matematik bagi Pelajar-pelajar Kursus Sijil Teknologi Pembuatan dengan menggunakan
i. Kaedah Formula
2. Pada majlis Konvokesyen Kali Ke-15,Politeknik Kota Bharu, Kelab Usahawan PKB telah menjalankan aktiviti perniagaan gerai jualan makanan selama 3 hari.Berikut adalah butiran daripada peniagan mereka.
Item/Hari
Ahad
(RM) Isnin
(RM) Selasa
(RM)
Hasil Jualan
Hasil Jualan Minumam 220 350 250
Hasil Jualan Makanan 480 500 450
Hasil Jualan Kuih-muih 150 160 140
Kos Belian
Kos Belian Minuman 100 120 100
Kos Belian Makanan 200 250 200
Kos Belian Kuih Muih 80 90 70
Lain-lain Belanja
Sewa tapak 20 20 20
Sewa Peralatan 15 15 15
Belanja Ultiliti 10 10 10
Belanja alatan kecil 25 25 25
Belanja Iklan dan hiasan gerai 50 - -
Berdasarkan jadual di atas, kirakan keuntungan jualan gerai makanan Kelab Usahawan PKB berdasarkan :-
i. Hari (Ahad,Isnin,Selasa)
ii. Jumlah keuntungan selama 3 hari.
Arahan:- Gunakan kaedah formula i dengan membina jadual yang betul dan sistematik dalam Lembaran Kerja.
UNIT 8.1.1
1. Letakkan kursor pada lajur Jumlah dan taip formula
=SUM(C3+D3+E3)
? Tekan enter, copy formula untuk baris dibawahnya dengan menggunakan pointer ‘+’.
2. Hasinya:
Penyata Keuntungan Gerai Jualan Makanan Kelab Usahawan PKB.
8.1.2 Menggunakan Fungsi Asas
Fungsi ialah satu kumpulan arahan pengiraan yang meringkaskan operasi pengiraan yang panjang dan kompleks kepada arahan yang lebih mudah.
Contoh di bawah menyediakan penggunaan fungsi asas matematik.
Rajah 8.1.2(a)
? Mengira Jumlah
• Klik sel jumlah Anis ( H3 )
• Klik pada menu Insert
• Klik Function (Atau terus klik Ikon Paste Function)
• Kekotak Paste Function akan dipaparkan dan pilih SUM. Rujuk pada Rajah 8.1.2(b) dan Rajah 8.1.2(c).
Rajah 8.1.2(b)
Rajah 8.1.2(c)
• Klik OK
• Kekotak pengiraan SUM akan dipaparkan.
Rujuk pada Rajah 8.1.2(d).
Rajah 8.1.2(d)
• Klik OK
• Jumlah markah Anis dipaparkan.
Rujuk pada Rajah 8.1.2(e).
Rajah 8.1.2(e)
• Jumlah markah pelajar lain didapati dengan menyalin formula markah Anis (H3 hingga H12). Rujuk pada Rajah 8.1.2(f).
• Penerangan merujuk kepada mukasurat unit 8/4.
Rajah 8.1.2(f)
? Mengira Purata
Ia adalah contoh fungsi untuk mencari Average
• Klik Sel Purata Bahasa Melayu ( D13 ).
• Klik pada menu Insert.
• Klik Function (Atau terus klik Ikon Paste Function). Rujuk pada Rajah 9.
• Kekotak Paste Function akan dipaparkan dan pilih Average ( Purata ). Rujuk pada Rajah 8.1.2(g).
Rajah 8.1.2(g)
• Klik OK. Kekotak pengiraan Average ( D3:D12 ) akan dipaparkan. Rujuk pada Rajah 8.1.2(h)
Rajah 8.1.2(h)
• Klik OK.
• Jumlah Bahasa Melayu dipaparkan.
Rujuk pada Rajah 8.1.2(i).
Rajah 8.1.2(i)
• Jumlah Purata matapelajaran lain didapati dengan menyalin formula purata Bahasa Melayu .
UNIT 8.1.2
1. Berdasarkan Jadual di bawah kirakan Jumlah Markah Kuiz Matematik bagi Pelajar-pelajar Kursus Sijil Teknologi Pembuatan dengan menggunakan
Kaedah Fungsi ( Function )
2. Pada majlis Konvokesyen Kali Ke-15,Politeknik Kota Bharu, Kelab Usahawan PKB telah menjalankan aktiviti perniagaan gerai jualan makanan selama 3 hari.Berikut adalah butiran daripada peniagan mereka.
Item/Hari
Ahad
(RM) Isnin
(RM) Selasa
(RM)
Hasil Jualan
Hasil Jualan Minumam 220 350 250
Hasil Jualan Makanan 480 500 450
Hasil Jualan Kuih-muih 150 160 140
Kos Belian
Kos Belian Minuman 100 120 100
Kos Belian Makanan 200 250 200
Kos Belian Kuih Muih 80 90 70
Lain-lain Belanja
Sewa tapak 20 20 20
Sewa Peralatan 15 15 15
Belanja Ultiliti 10 10 10
Belanja alatan kecil 25 25 25
Belanja Iklan dan hiasan gerai 50 - -
Berdasarkan jadual di atas, kirakan keuntungan jualan gerai makanan Kelab Usahawan PKB berdasarkan :-
i. Hari (Ahad,Isnin,Selasa)
ii. Jumlah keuntungan selama 3 hari.
Arahan:- Gunakan kaedah fungsi dengan membina jadual yang betul dan sistematik dalam Lembaran Kerja.
UNIT 8.1.2
1. Letakkan kursor pada lajur purata dan klik ikon - Paste Function.
? atau klik Insert,pilih function,pilih function category , nama function dan pilih AVERAGE.
2. Hasilnya: Penyata Keuntungan Gerai Jualan Makanan
Kelab Usahawan PKB.
UNIT 8
1. Berdasarkan jadual di bawah, kirakan jumlah dan peratus markah kuiz Matematik bagi pelajar-pelajar Kursus Sijil Teknologi Pembuatan dengan menggunakan kaedah formula .
UNIT 8
1. Rujuk kepada komputer dan pensyarah.

No comments:
Post a Comment