LEMBARAN KERJA
OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengenalan kepada lembaran kerja, menyunting dan memformat lembaran.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:
? Membuka dan menamatkan Lembaran Kerja dengan betul dan sistematik.
? Menggunakan fungsi Standard Toolbars dan Help dengan yakin.
? Mengubah format sel, menukar saiz sel dengan betul.
? Menambah Border, Shading dan Color.
? Menggunakan Format Painter dan Autofill.
7.1 Pengenalan kepada Lembaran Kerja.
Excel berfungsi sebagai Spread Sheet seperti Lotus 1-2-3. Kebanyakan fungsi Lotus 1-2-3 boleh dibaca terus oleh Excel. Semua fail Lotus boleh dibuka terus melalui Excel, boleh disunting ( edit ) dan disimpan (save ) dalam bentuk fail Excel. Rujuk Rajah 7.1(a)
Terdapat beberapa fungsi asas dalam Lembaran kerja:
POINTER
Pointer ( penunjuk ) dapat dilihat pada skrin dalam berbagai bentuk berdasarkan fungsi apabila tetikus ( mouse ) berfungsi. Pointer akan berubah bentuk secara automatik apabila ia diubah-ubah di sekitar sel.
Terdapat 4 jenis pointer yang akan dilihat apabila pointer diubah-ubah di sekitar sel. Antaranya :
? POINTER A
Pointer ini berfungsi memilih ( select ) sel dan “highlight”
Contoh: Rujuk Rajah 7.1(b)
Rajah 7.1(b)
Letakkan POINTER A dalam sel ini ( B2 ). Klik butang mouse sebelah kiri ( jangan lepaskan ). Kemudian seret (drag ) mouse hingga ke sel B10 dan lepaskan.
Anda akan dapati seluruh sel bermula B2 hingga B10 menjadi hitam. Ini bermakana anda telah memilih sel ini untuk diproses.
Hasilnya Rujuk pada Rajah 7.1(c)
? POINTER B
Pointer ini berfugsi memindah ( Move) secara seret ( Drag ) dan menggerakkan “ Cursor” dari sel permulaan data ke sel data terakhir secara klik dua kali (Double Click ) pointer ini pada mana-mana garis luar sel.
Contoh:
Letakkan Pointer tetikus pada sel B2 dan Taipkan “ Excel”. Tekan Enter. Rujuk Rajah 7.1(d)
Rajah 7.1(d)
Letakkan pointer di atas garisan tepi sebelah kanan “Outline” sel B2 ( tekan butang mouse kiri, jangan lepaskan) dan seret mouse hingga E2. Lepaskan butang mouse. Hasilnya rujuk pada Rajah 7.1(e).
? POINTER C
Pointer ini berfungsi melebarkan lajur secara automatik apabila diklik dua kali ( Double Click ) pada garisan sempadan antara lajur (column ) pada Lajur Tajuk (Column Heading) mengikut jumlah teks terpanjang dalam lajur berkesan.
Contoh:
1. Gerakkan pointer ke sel B2. Taipkan perkataan “POLITEKIK KOTA BHARU” dan tekan Enter. Anda akan dapati perkataan ini melebihi sel B2. Rujuk pada Rajah 7.1(f).
2. Letak penunjuk tetikus ( Mouse Pointer ) pada Lajur Tajuk ( Column Heading ) sehingga ia bertukar rupa daripada Pointer A kepada Pointer C dan klik dua kali (Double Click ) butang tetikus kiri. Hasilnya, rujuk pada Rajah 7.1(g).
Rajah 7.1(g)
? POINTER D
Pointer ini berfungsi menyalin data secara cepat, autofill (menghasilkan data mengikut urutan hari, tarikh dan nilai ). Ia berfungsi secara klik dan seret ( Click and Drag )
Contoh:
1. Taipkan perkataan TUESDAY dalam sel B2
Rujuk pada Rajah 7.1(h)
Rajah 7.1(h)
2. Letakkan pointer pada hujung kanan bawah sel B2 sehingga ia bertukar menjadi pointer “ +”, klik butang tetikus kiri dan jangan lepaskan.
3. Seret ( drag ) pointer ini hingga ke sel B10 dan lepaskan. Rujuk pada Rajah 7.1(i).
7.1.1 Memahami istilah-istilah Lembaran Kerja
Dalam fail Microsoft Excel dikenali sebagai Workbook (buku kerja). Di dalam Workbook akan dibahagikan kepada beberapa Worksheet (Lembaran Kerja). Microsoft Excel akan sentiasa berfungsi untuk setiap Worksheet.
Istilah-istilah yang terdapat di dalam Microsoft Excel adalah:
a. Row (Baris), contohnya sel A1 hingga sel A18. Rujuk pada Rajah 7.1.1(a).
b. Column (Lajur), contohnya sel A1 hingga sel H1.Rujuk pada Rajah 7.1.1(a).
c. Cell Reference (Rujukan sel). Rujuk pada Rajah 7.1.1(b).
d. Active Cell (Sel Aktif), contohnya sel A1. Rujuk pada Rajah 7.1.1(b).
e. Formula Bar (Ruangan Formula). Rujuk pada Rajah 7.1.1(c).
UNIT 7.1.1
1. Anda dikehendaki memulakan lembaran kerja dan perhatikan lembarannya.
2. Anda dikehendaki mencatitkan istilah yang dipamirkan bila sel digerakkan.
1. Rujuk kepada komputer dan pensyarah
2. Rujuk kepada komputer untuk mencatitkan istilah yang dipaparkan
7.1.2 Memulakan dan Menamatkan Lembaran Kerja
7.1.2a Memulakan Lembaran Kerja
• Klik butang Start.
• Pilih Programs.
• Pilih Microsoft Office.
• Pilih Microsoft Excel.
• Logo Microsoft Excel dipamerkan.
• Tetingkap program Excel Program dipamerkan. Rujuk pada Rajah 7.1.2a(i)
Rajah 7.1.2a(i)
Atau
• Terus klik pada Butang Microsoft Excel pada Toolbars Microsoft Office. Rujuk pada Rajah 7.1.2(ii).
Rajah 7.1.2a(ii)
7.1.2b Menamatkan Lembaran Kerja
• Klik menu File.
• Pilih Exit. Rujuk pada Rajah 7.1.2b(i).
Rajah 7.1.2b(i)
Atau
• Terus klik butang Exit. Rujuk pada Rajah 7.1.2b(ii)
7.1.3 Memahami Fungsi Standard Toolbars
Ikon-ikon Standard Toolbars adalah seperti New, Open, Print, Print Preview, Copy, Paste, Undo, AutoSum, Paste Function, Sort Ascending, Sort Descending, Chart Wizard dan Microsoft Excel Help.
• New -
• Open -
• Print -
• Print Preview -
• Copy -
• Paste -
• Undo -
• AutoSum -
• Paste Function -
•
• Sort Ascending -
• Sort Descending -
• Chart Wizard -
• Microsoft Excel Help -
Sila rujuk pada rajah 7.1.3 untuk ikon-ikon keseluruhan.
Rajah 7.1.3
7.1.4 Mendapatkan Help
Fungsi Help adalah untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah semasa menggunakan Lembaran Kerja.
• Klik pada menu Help.
• Pilih Microsoft Excel Help F1.
• Nyatakan permasalahan yang dihadapi.
• Klik Search.
• Rujuk pada Rajah 7.1.4.
UNIT 7.1.2- 4
1. Anda dikehendaki memulakan lembaran kerja.
2. Taip teks berpandukan jadual di bawah, anda dikehendaki membina jadual dengan format yang betul.
NAMA SKOR 1 SKOR 2 SKOR 3
HUSNA 95 95 96
IRSYAD 76 68 80
NASUHA 56 76 87
ZAKIRAH 50 49 65
MUZAFFAR 90 90 90
MUSTAQIM 76 68 80
UNIT 7.1.2-4
1. Memulakan Lembaran Kerja
• Klik butang Start
• Pilih Programs
• Pilih Microsoft Office
• Pilih Microsoft Excel
• Logo Microsoft Excel dipamerkan
• Tetingkap program Excel program dipamerkan
Atau
• Terus klik pada menu Butang Excel pada Toolbars Microsoft Office.
2. Taipkan jadual tersebut
7.2 Menyunting dan memformat Lembaran Kerja
7.2.1 Mengubah Format Sel
Format sel terdiri daripada Number, Alighment, Font, Borders, Patterns dan Protection.
• Klik menu Format.
• Klik Cells. Rujuk pada Rajah 7.2.1(a)
• Menu Format Cells terdiri daripada Number, Alignment, Font, Borders, Patterns dan Protection di paparkan. Rujuk pada Rajah 7.2.1(b).
Rajah 7.2.1(a)
Rajah 7.1.2(b)
7.2.2 Mengubah saiz sel
Tujuannya adalah untuk membesarkan atau mengecilkan saiz sel.
• Letakkan kursor pada sel yang hendak diubah (cth: B2 ).
• Klik Format.
• Pilih Rows. Rujuk pada Rajah 7.2.2(a).
Rajah 7.2.2(a)
• Klik Height dan tentukan saiz yang dikehendaki ( cth: 20 ).
• Klik OK. Rujuk pada Rajah 7.2.2(b).
Rajah 7.2.2(b)
• Didapati saiz rows sel akan berubah ( cth: rows sel B2 akan bertukar kepada saiz 20 ). Rujuk pada Rajah 7.2.2(c).
Rajah 7.2.2(c)
• Atau, untuk mengubah Column, pilih Column.
• Klik Width dan tentukan saiz yang dikehendaki ( cth: 10 ). Rujuk pada Rajah 7.2.2(d).
Rajah 7.2.2(d)
• Klik OK.
• Didapati saiz column sel akan berubah ( cth: column sel B2 akan bertukar kepada saiz 10 ). Rujuk pada Rajah 7.2.2(e).
UNIT 7.2.1-2
1. Berpandukan jadual di bawah, anda dikehendaki membina semula jadual dengan format yang betul.
NAMA SKOR 1 SKOR 2 SKOR 3
HUSNA 95 95 96
IRSYAD 76 68 80
NASUHA 56 76 87
ZAKIRAH 50 49 65
MUZAFFAR 90 90 90
MUSTAQIM 76 68 80
2. Pelajar dikehendaki membesarkan column nama untuk menambahkan nama bapa.
3 Pelajar dikehendaki membina garisan untuk setiap item seperti jadual diatas.
UNIT 7.2.1- 2
1. Mulakan lembaran kerja dan taipkan jadual tersebut
2. Membesarkan column.
• Klik Format
• Pilih Column
• Masukkan lebar Column (cth:30)
• Klik OK
3. Membina garisan untuk setiap sel.
• Blok sel yang hendak dibina garisan sempadan.
• Klik Format
• Pilih Cells
• Pilih Border
7.2.3 Menambah Borders, Shading dan Color
7.2.3a Menambah Borders
• Klik Format dan pilih Format Cell.
• Kekotak Format Cell dipaparkan.
• Klik Borders.
• Jenis-jenis Borders dipaparkan : None (tiada garisan), Outline (Garisan Luar) dan Inside (Garisan Dalam). Rujuk pada Rajah 7.2.3(a)(i)
Rajah 7.2.3(a)(i)
• Pilih jenis Borders yang dikehendaki.
• Klik OK. Rujuk pada Rajah 7.2.3(a)(ii).
Rajah 7.2.3(a)(ii)
Atau
• Terus klik ikon Borders dan pilih jenis Borders yang dikehendaki. Rujuk pada Rajah 7.2.3(a)(iii)
7.2.3b Menambah Shading dan Color
• Klik menu Format dan pilih Format Cell.
• Kekotak Format Cells dipaparkan dan pilih Patterns. Cell Shading terdiri daripada Color dan Patterns.
• Pilih samada Color atau Paterns atau kedua-duanya.
• Klik OK. Rujuk pada Rajah 7.2.3(b)(i).
Atau
• Terus klik pada ikon Color. Rujuk pada Rajah 7.2.3(b)(ii).
7.2.4 Menggunakan Format Painter dan AutoFill
7.2.4a Menggunakan Format Painter
Format Painter digunakan untuk menyalin format sel dari satu sel kepada sel yang lain.
• Pilih satu sel yang formatnya hendak di salin (cth: B2). Rujuk pada Rajah 7.2.4(a)(i).
Rajah 7.2.4(a)(i).
• Klik Toolbar Formating
• Klik Format Painter.
Atau
• Terus klik ikon Format Painter. Rujuk pada Rajah 7.2.4(a)(ii).
• Letakkan kursor pada sel yang hendak disalin formatnya ( cth: B3 hingga B5 ) dan klik.
• Didapati format untuk sel B3 hingga B5 akan berubah. Rujuk pada Rajah 7.2.4(a)(iii).
Rajah 7.2.4(a)
7.2.4b Menggunakan AutoFill
AutoFill berfungsi untuk mengisi data secara automatik pada sel-sel yang lain.
• Highlight dua sel mengikut susunan ( cth: B2 dan B3) dan lepaskan kursor. Rujuk pada Rajah 7.2.4(b)(i).
• Klik Edit.
• Klik Fill dan pilih Series.
• Isi Step Value ( Cth: 2 ).
• Klik AutoFill.
• Klik OK. Rujuk pada Rajah 7.2.4(b)(ii) dan Rajah 7.2.4(b)(iii).
• Seret mouse pada sel pertama sehingga sel terakhir dan lepaskan.
• Didapati semua sel telah diisi ( cth: sel B2 hingga sel B6 telah diisi ). Rujuk pada Rajah 7.2.4(b)(iv).
Rajah 7.2.4(b)(iv).
UNIT 7.2.3 - 4
1. Sila kenalpasti fungsi Standard Toolbars di bawah.
2. Berpandukan jadual di bawah, anda dikehendaki membina semula jadual dengan format yang betul.
NAMA SKOR 1 SKOR 2 SKOR 3
HUSNA 95 95 96
IRSYAD 76 68 80
NASUHA 56 76 87
ZAKIRAH 50 49 65
MUZAFFAR 90 90 90
MUSTAQIM 76 68 80
3. Anda dikehendaki warnakan tajuk jadual di atas.
4. Pelajar dikehendaki meletak bilangan pelajar di sebelah nama dengan menggunakan arahan AutoFill.
UNIT 7.2.3-4
1. Rujuk kepada komputer dengan meletakkan kursor pada ikon-ikon tersebut.
2. Memulakan Lembaran Kerja dan taipkan jadual diberikan
3. Mewarna tajuk jadual.
• Blokkan semua tajuk jadual
• Klik Format
• Pilih Cells
• Pilih Patterns
• Pilih Shading dan Color yang dikehendaki
4. Menggunakan arahan AutoFill
• Taip no. 1 dan 2 di column sebelah tajuk nama dan blok column tersebut sehingga akhir nama
• Klik Edit
• Pilih Fill
• Pilih Series
• Pilih AutoFill
• Klik OK
Maklumbalas keseluruhan seperti rajah di bawah.
UNIT 7
PENILAIAN KENDIRI
1. Anda dikehendaki meyiapkan satu jadual markah pelajar yang terdiri item : nama, nombor pendaftaran, 9 markah matapelajaran..
UNIT 7
1. Rujuk kepada pensyarah.

No comments:
Post a Comment