PEMPROSESAN PERKATAAN
OBJEKTIF AM: Memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan
ciri-ciri tambahan pemprosesan perkataan.
OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir unit ini pelajar akan dapat:
? Membina jadual dan juga dapat melakukan penambahan baris (Rows) atau lajur (Columns), Split Table, Splitting Cells dan Merge.
? Menambah grafik dalam pemprosesan perkataan seperti menggunakan Toolbars Drawing, Frame, Picture dan lain-lain.
6.1 MENGGUNAKAN CIRI-CIRI TAMBAHAN PEMPROSESAN PERKATAAN.
6.1.1 Membina Jadual
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan untuk membina jadual.
? Membentuk jadual dengan menggunakan Menu
? Membentuk jadual dengan menggunakan Ikon
6.1.1a Membentuk Jadual Secara Menu
Membentuk Rangka Jadual Secara Menu.
• Letak kursor di bahagian yang hendak dimasukkan jadual
• Klik menu Table dan pilih Insert Table
Rujuk pada Rajah 6.1.1a (i)
Rajah 6.1.1a(i)
• Kemudian Insert Table akan dipaparkan
• Tentukan bilangan lajur (Columns) dan baris (Rows)
Rujuk pada Rajah 6.1.1a (ii)
Rajah 6.1.1a(ii)
• Klik butang Auto format
• Pilih satu format dan lihat PREVIEW
Rujuk pada Rajah 6.1.1a (iii)
Rajah 6.1.1a(iii)
• Klik OK
• Klik OK sekali lagi
Memaparkan Sempadan Jadual Menggunakan Menu
• Klik di mana-mana di dalam sel
• Klik menu Format
• Klik arahan Borders And Shading
Rujuk pada Rajah 6.1.1a(iv)
Rajah 6.1.1a(iv)
• Klik tajuk Borders
• Klik bentuk sempadan Table dalam kotak Style
Rujuk pada Rajah 6.1.1a( v )
Rajah 6.1.1a ( v )
• Klik OK
Menambah Baris dan Lajur
• Hitamkan baris atau lajur yang diperlukan untuk tambahan
Rujuk pada Rajah 6.1.1a( vi )
Rajah 6.1.1a( vi )
• Klik menu Table
• Klik arahan Rows atau Columns
6.1.1b Membentuk Table Menggunakan Ikon
Membentuk Rangka Jadual
• Letak kursor di bahagian yang hendak dimasukkan jadual
• Klik ikon Insert Table
Rajah 6.1.1b( i )
• Kemudian klik dan seretkan kotak-kotak untuk mewakili bilangan baris dan lajur yang dikehendaki.
Rujuk pada rajah 6.1.1b (ii)
Rajah 6.1.1b(ii)
• Lepaskan mouse
Memaparkan Garisan Jadual
• Tandakan sel-sel yang hendak dipaparkan garisan
• Klik Ikon Borders
• Klik Ikon Inside Borders
• Klik Ikon Outside Borders
Menambah Baris dan Lajur
• Hitamkan baris atau lajur yang diperlukan untuk tambahan
Rujuk pada Rajah 6.1.1b(iii)
Rajah 6.1.1b(iii)
• Klik Ikon Insert Rows atau Columns
UNIT 6.1.1
1. Anda dikehendaki membina jadual di bawah.
ITEM SAIZ
TOP 2.5
BOTTOM 2
RIGHT 2
LEFT 2.5
2. Anda dikehendaki membina borang maklumat pelajar yang terdiri dari item : nama,no.kad pengenalan,tarikh lahir, alamat dan lain-lain item ( rujuk pada borang maklumat Hal Pelajaran Tempat anda belajar)
UNIT 6.1.1
1.
• Klik Table
• Pilih Insert Table
• Kotak Dialog Insert Table dipaparkan.
Isikan:
Column : 2
Row : 5
Rujuk pada Rajah 1a
Rajah 1a
• Klik OK
• Rangka jadual terhasil
Rujuk pada Rajah 1b
Rajah 1b
• Isikan maklumat ke dalam jadual.
Rujuk pada Rajah 1c
ITEM SAIZ
TOP 2.5
BOTTOM 2
RIGHT 2
LEFT 2.5
Rajah 1c
2. Kaedah membuat borang maklumat sama seperti soalan 1.
• Klik OK
• Tulis POLITEKNIK KOTA BHARU di dalam kotak edit teks.
• Klik OK
6.1.2 Menambah Grafik
Terdapat beberapa kemudahan grafik terdapat di dalam Toolbar Drawing yang dapat digunakan dalam Microsoft Word iaitu ClipArt, Chart, AutoShapes, WordArt dan lain-lain.
Rajah di bawah adalah ikon-ikon yang terdapat di dalam Toolbar Drawing.
Rajah 6.1.2(a)
6.1.2a ClipArt
ClipArt adalah satu galeri yang menyimpan gambar-gambar yang boleh dimuatkan dalam sesuatu dokumen.
• Klik menu Insert
• Klik arahan Picture
• Klik ClipArt
Rujuk pada Rajah 6.1.2a ( i )
Rajah 6.1.2a (i)
Atau
• Klik terus Ikon ClipArt
• Galeri ClipArt dipaparkan. Rujuk pada Rajah 6.1.2a (ii).
6.1.2a (ii).
• Pilih kategori gambar yang diperlukan.
Contohnya kategori Academic.
• Fail kategori gambar yang dipilih akan dipaparkan.
Rujuk pada Rajah 6.1.2a (iii)
6.1.2a (iii)
• Klik gambar yang diperlukan.
• Klik Insert Clip
• Klik ( tanda pangkah )untuk keluar dari menu
6.1.2b WordArt
WordArt adalah satu galeri yang menyimpan bentuk-bentuk tulisan yang boleh dimuatkan dalam sesuatu dokumen terutamanya untuk muka hadapan dokumen.
• Klik menu Insert
• Klik arahan Picture
• Klik WordArt . Rujuk kepada Rajah 6.1.2b(i)
Rajah 6.1.2b(i)
Atau
• Klik terus Ikon WordArt
• Galeri WordArt dipaparkan
• Pilih bentuk WordArt yang diperlukan
Rujuk pada Rajah 6.1.2b (ii)
Rajah 6.1.2b(ii)
• Klik OK
• Pastikan kotak Edit WordArt dipaparkan
• Taipkan perkataan yang diperlukan. Contohnya; JMSK
Rujuk pada Rajah 6.1.2b(iii)
Rajah 6.1.2b(iii)
• Edit jenis tulisan dan saiz tulisan yang diperlukan
• Klik OK
• Hasil WordArt tadi akan dipaparkan di skrin Microsoft
Word
Rujuk pada Rajah 6.1.2b (iv)
Rajah 6.1.2b (iv)
6.1.2c AutoShapes
AutoShapes adalah satu galeri yang menyimpan bentuk-bentuk yang boleh dimuatkan dalam sesuatu tugasan.
• Klik menu Insert
• Klik arahan Picture
• Klik AutoShapes
• Jenis-jenis AutoShapes dipaparkan
Rujuk pada Rajah 6.1.2c(ii)
Ataupun
• Klik terus Ikon AutoShapes
• Jenis-jenis AutoShapes dipaparkan
Rujuk Rajah 6.1.2c(iii)
Rajah 6.1.2c(iii)
• Pilih jenis AutoShapes yang diperlukan
• Klik bentuk yang diperlukan
• Bentuk yang dipilih akan dipaparkan.
UNIT 6.1.2
1. Anda dikehendaki membuat muka hadapan bagi tugasan komputer anda. Muka hadapan tersebut mesti mempunyai tajuk , nama pelajar, nombor pendaftaran, jabatan dan nama pensyarah. Pemarkahan yang diberi bergantung kepada kreativiti pelajar.
UNIT 6.1.2
1.
• Ikon WordArt digunakan untuk memasukkan bentuk-bentuk teks yang menarik.
• Klik ikon WordArt.
• Kotak Dialog WordArt dipaparkan.
• Klik OK
• Tulis POLITEKNIK KOTA BHARU di dalam kotak edit teks.
• Klik OK
• Perkataan POLITEKNIK KOTA BHARU akan terpapar pada skrin Microsoft Word
• Lakukan cara yang sama untuk grafik yang lain.
• Ikon ClipArt digunakan untuk memasukkan gambar-gambar.
• Klik ikon ClipArt
• Kotak Dialog ClipArt dipaparkan
• Pilih kategori gambar yang dikehendaki
• Kotak Dialog kategori gambar dipaparkan
• Pilih gambar yang dikehendaki
• Gambar yang dipilih akan dipaparkan pada skrin Microsoft Word.
• Hasilnya adalah:
UNIT 6
1. Anda dikehendaki membina jadual belajar mingguan anda.
UNIT 61
1. Rujuk kepada komputer dan pensyarah.

No comments:
Post a Comment