Sunday, 7 December 2008

UNIT 9



MENYEDIAKAN GRAF


OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar cara menyediakan graf.


OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

• Menggunakan Chart Wizard.
• Membina pelbagai bentuk graf.


9.1 Menggunakan Chart Wizard.

Terdapat empat langkah dalam Chart Wizard untuk menghasilkan sebuah graf.
Langkah 1: Membina data-data yang berkenaan di dalam Lembaran Kerja (Microsoft Excel).

Langkah 2: Membuat pengubahsuaian pada graf.

Langkah 3: Memasukan data-data di dalam Chart Options yang terdiri daripada Titles, Axes, Gridlines, Data Labels dan Data table.

Langkah 4: Graf siap dihasilkan.


9.2 Menghasilkan Beberapa Jenis Graf Mudah.

Langkah 1: Membina data-data yang berkenaan di dalam Lembaran Kerja (Microsoft Excel).

Contoh di bawah merupakan data yang digunakan dalam menyediakan sebuah graf. Rujuk pada Rajah 9.2.(a)


Rajah 9.2(a)


• Blokkan data yang hendak ditukar dalam bentuk graf. Rujuk pada Rajah 9.2(b).


Rajah 9.2(b)


• Klik ikon Chart Wizard . Rujuk pada Rajah 9.2(c).



Rajah 9.2(c)
atau


• Klik Insert
• Klik Menu Chart. Rujuk pada Rajah 9.2(d).



Skrin Chart Wizard –Langkah 1-4 akan di paparkan seperti dalam Rajah 9.2(e). Pada ruangan ini terdapat pelbagai jenis graf yang boleh dipilih oleh anda.

• Klik salah satu jenis graf.
• Klik Next

Langkah 2: Membuat pengubahsuaian pada graf.

Skrin Chart Wizard –Langkah 2-4 akan di paparkan seperti dalam Rajah 9.2(f). Paparan Data Range dan Series dipamerkan.

• Klik pada Series.
Rujuk pada Rajah 9.2(f).




Rajah 9.2(f)

Pada skrin ini, contoh graf akan di paparkan pada ruangan Series adalah adalah graf yang mengambarkan data graf tidak lengkap. Pengubahsuaian perlu di buat pada graf yang anda kehendaki iaitu:-

a. Pengubahsuaian pada gambaran graf.

• Pada ruangan Series, klik TAHUN, kemudian klik Remove. Rujuk pada Rajah 9.2(g).



Rajah 9.2(g)

b. Pengubahsuaian pada paksi x.

Tujuan pengubahsuaian pada paksi-x adalah untuk melabelkan data pada paksi-x.

• Klik ikon pada Category (x) axis label. Rujuk pada Rajah 9.2(h).


Rajah 9.2(h)



• Blokkan data yang dikehendaki, untuk melabelkan data pada paksi-x. Rujuk pada Rajah 9.2(i)

• Klik ikon pada – Chart Source Data – Category [X].


Rajah 9.2(i)

• Klik Next merujuk kepada Rajah 9.2(g).


Langkah 3: Memasukan data-data di dalam “Chart Options” yang terdiri daripada Titles, Axes, Gridlines, Data Labels dan Data table.

• Klik pada Titles.

Dalam ruangan Titles, anda dikehendaki menamakan tajuk graf, kategori pada paksi x dan kategori pada paksi y.

• Sebagai contoh,anda taipkan pada ruangan:-

Chart title : JUMLAH KEMASUKAN PELAJAR KE PKB.
Category (X) axis : TAHUN
Category (Y) axis : JUMLAH PELAJAR

• Klik pada Gridlines.

Dalam ruangan Gridlines, pada bahagian Value (Y) axis klik pada ? kotak Major gridlines. Tujuannya adalah untuk menghilangkan garisan selari pada paksi-y. Rujuk pada Rajah 9.2(k).


• Klik pada Legend.

Dalam ruangan Legend, terdapat pilihan untuk menunjukan atau memadamkan ruangan Show legend. Klik pada ? kotak Show legend untuk memadamkan ruangan tersebut. Rujuk pada Rajah 9.2(l).


• Klik pada Data Labels.

Dalam ruangan Data Labels, diberi pilihan untuk meletakkan nilai pada graf yang diperolehi. Klik pada Show value. Rujuk pada Rajah 9.2(m).


• Seterusnya, klik Next apabila anda selesai menyediakan data yang betul dan sempurna pada graf yang dikehendaki.


Langkah 4 : Graf siap dihasilkan.

• Klik Finish. Rujuk pada Rajah 9.2(n).

• Sebuah graf dapat dihasilkan.
Rujuk pada Rajah 9.2(o).


? Menukar Jenis Graf

Apabila sebuah graf berjaya dihasilkan,anda boleh menukarkan bentuk jenis graf yang dikehendaki.

• Blokkan graf yang telah siap diperolehi. Rujuk pada Rajah 9.2(p).




Rajah 9.2(p)

• Klik Chart
• Klik menu Chart Type



Rajah 9.2(q)


Paparan Chart Type akan dipamerkan seperti dalam
Rajah 9.2(r ).





Rajah 9.2(r)

• Pilih salah satu jenis carta.
• Klik OK.
• Graf jenis baru akan dihasilkan.
Rujuk pada Rajah 9.2(s).
.


UNIT 9

1. Sediakan jadual A di bawah.

Hasil Jualan Tahunan 2000 bagi Koperasi Politeknik PKB.

BULAN HASIL JUALAN (RM)
JANUARI 4500
FEBRUARI 3800
MAC 3000
APRIL 2500
MEI 1000
JUN 5500
JULAI 4800
OGOS 4500
SEPTEMBER 3000
OKTOBER 2300
NOVEMBER 1000
DISEMBER 5000

Jadual A

Dari jadual tersebut :-

a) Bina graf carta bar.
b) Menukar bentuk graf tersebut kepada bentuk jenis graf yang lain.



2. Berikut adalah jadual purata cuaca bulanan di 4 buah bandar utama dunia pada tahun 2001.


Suhu
Bulanan Jan
C? Feb
C? Mac
C? Apr
C? Mei
C? Jun
C? Jul
C? Ogos
C? Sept
C? Oct
C? Nov
C? Dec
C?
Kuala
Lumpur 20 25 26 27 27 29 26 26 24 23 21 20
Mekah 30 35 40 42 47 48 46 44 42 40 36 32
Seoul 18 20 22 25 26 25 26 25 20 18 15 12
London 7 10 12 18 20 30 35 32 19 16 12 8

Daripada jadual tersebut, bina sebuah graf.



UNIT 9

1(a). Graf carta bar yang terhasil.



1(b). Bentuk graf garis lurus yang terhasil.



2. Graf yang sempurna dibina.


UNIT 9



1. Bina satu graf yang sesuai berdasarkan maklumat yang anda perolehi mengenai bilangan pelajar semester satu mengikut jabatan-jabatan di Politeknik di mana anda sedang menuntut.


UNIT 9


1. Rujuk kepada komputer atau sila bertanya kepada pensyarah anda.

No comments: