Sunday, 7 December 2008

UNIT 5





PEMPROSESAN PERKATAAN



OBJEKTIF AM: Memberi pendedahan kepada pelajar cara menyunting dan
memformat dokumen.



OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

? Memasukkkan teks mudah dengan jenis dan saiz font yang berbeza.

? Menggunakan Format Painter untuk menyalin format yang sama.

? Menggunakan arahan menyimpan dan mencetak dengan betul.


5.1 MENYUNTING DAN MEMFORMAT DOKUMEN


5.1.1 Memasukkan Teks Mudah Dengan Jenis Dan Saiz Font Yang
Berbeza


Dokumen asal yang ditaip boleh ditukar dengan jenis dan saiz font yang berbeza.

Contoh Teks



Rajah 5.1.1

Maklumat mengenai teks di atas;

? Font : Arial
? Size Font : 12


5.1.1a Menukarkan Jenis Font

• Blokkan teks atau perkataan yang hendak ditukar jenis Font
• Klik Format
• Klik Font
Rujuk pada Rajah 5.1.1a (i)
• Pilih Jenis Font yang dikehendaki.
Contohnya: Jenis Font Times New Roman
Rujuk pada Rajah 5.1.1a (ii)
• Klik OK




Rajah 5.1.1a (i)


Rajah 5.1.1a (ii)
Atau

• Blokkan teks atau perkataan yang hendak ditukar jenis Font
• Klik Ikon Font

• Pilih dan klik Jenis Font yand dikendaki
Contohnya: Jenis Font Times New Roman
Rujuk pada Rajah 5.1.1a (iii)



Rajah 5.1.1a(iii)
5.1.1b Menukarkan Jenis Saiz Font

• Blokkan teks atau perkataan yang hendak ditukar saiz Font
• Klik Format
• Klik Font
• Pilih saiz Font yang dikehendaki.
Contohnya: Saiz Font 16
Rujuk pada Rajah 5.1.1b ( i )



Rajah 5.1.1b ( i )

• Klik OK

Ataupun

• Blokkan teks atau perkataan yang hendak ditukar saiz Font
• Klik Ikon Saiz Font

• Pilih dan klik Saiz Font yang dikehendaki
Contohnya: Saiz Font 16
Rujuk pada Rajah 5.1.1b ( ii )



Rajah 5.1.1b ( ii )

UNIT 5.1.1


1. Anda dikehendaki menaipkan teks jenis dan saiz Font di bawah.

SELAMAT DATANG KE

Jenis Font - Bernard MT Conder
Saiz Font - 14

POLITEKNIK KOTA BHARU

Jenis Font – Arial
Saiz Font - 18


2. Taipkan teks dibawah dengan font Times New Roman dan saiz 12

HTML ( Hyper Text Markup Language ) ialah bahasa skrip yang digunakan untuk mengarang, membina dan menerbitkan laman web di internet. bahasa ini adalah satu aplikasi kepada SGML ( Standard Generalized Markup Language ) yang merupakan piawai ISo 8879 bagi menyatakan format suatu dokumen.

UNIT 6.1.1


1.
SELAMAT DATANG KE
POLITEKNIK KOTA BHARU

2. HTML ( Hyper Text Markup Language ) ialah bahasa skrip yang digunakan untuk mengarang, membina dan menerbitkan laman web di internet. bahasa ini adalah satu aplikasi kepada SGML ( Standard Generalized Markup Language ) yang merupakan piawai ISo 8879 bagi menyatakan format suatu dokumen.

5.1.2 Menggunakan Format Painter


Format painter menyediakan cara pantas untuk menyalin format dari satu teks kepada teks yang lain.


Cara menggunakan Format Painter


Contoh Petikan

HTML ( Hyper Text Markup Language ) ialah bahasa skrip yang digunakan untuk mengarang, membina dan menerbitkan laman web di internet. bahasa ini adalah satu aplikasi kepada SGML ( Standard Generalized Markup Language ) yang merupakan piawai ISo 8879 bagi menyatakan format suatu dokumen.
HTML hanya menyediakan satu kemudahan untuk memaparkan satu laman web. Bagi membolehkan user memberi input kepada satu laman web, satu kaedah yang dikenali sebagai CGI ( Common Gateway Interface ) telah diperkenalkan.


Maklumat Petikan:

? Perenggan Pertama

Jenis Font : Arial
Saiz Font : 12

? Perenggan Kedua

Jenis Font : Bernard MT Condensed
Saiz Font : 10
Cara menukarkan keseluruhan teks dalam petikan kepada Font
Arial dan saiz Font 12.

• Blokkan perkataan atau ayat yang telah diformatkan.
Contohnya: Ayat pada perenggan pertama ( Font Arial dan saiz Font 12 )
Rujuk pada Rajah 5.1.2 ( i )


Rajah 5.1.2 ( i )
• Klik pada ikon Format Painter pada Standard
Toolbars
• Rujuk pada Rajah 5.1.2 (ii)


Rajah 5.1.2 (ii)

• Bawa Kursor ke teks atau perkataan yang ingin ditiru
Formatnya
Contohnya: Pada keseluruhan perenggan kedua.

• Tandakan teks tersebut.
Rujuk pada Rajah 5.1.2 ( iii )



Rajah 5.1.2 (iii)


• Didapati keseluruhan teks dalam petikan telah
berubah kepada Font dan saiz Font yang sama.
Rujuk pada Rajah 5.1.2 ( iv )



Rajah 5.1.2 ( iv )


? Langkah ini boleh diulangi untuk beberapa perkataan
atau ayat yang lain.





UNIT 5.1.2



1. Taipkan teks di bawah yang berlainan font dan tukar semua teks ini kepada font Times New Roman dengan saiz 12 Format Painter?



HTML ( Hyper Text Markup Language ) ialah bahasa skrip yang digunakan untuk mengarang, membina dan menerbitkan laman web di internet. bahasa ini adalah satu aplikasi kepada SGML ( Standard Generalized Markup Language ) yang merupakan piawai ISO 8879 bagi menyatakan format suatu dokumen.

2. Apakah kegunaan Format Painter dalam pemprosesan perkataan


UNIT 5.1.2


1. HTML ( Hyper Text Markup Language ) ialah bahasa skrip yang digunakan untuk mengarang, membina dan menerbitkan laman web di internet. bahasa ini adalah satu aplikasi kepada SGML ( Standard Generalized Markup Language ) yang merupakan piawai ISO 8879 bagi menyatakan format suatu dokumen.

2. Format Painter digunakan untuk menyalin format yang sama dari satu teks kepada teks yang lain.


5.1.3 Menyimpan Dan Mencetak Dokumen


5.1.3a Menyimpan Dokumen


• Klik File
• Pilih Save As
• Kotak Dialog Save As akan dipaparkan
Rujuk pada Rajah 5.1.3a (i)



Rajah 5.1.3a (i)

• Klik Save

Ataupun

• Klik ikon Save pada Standard Toolbars
• Proses Saving dijalankan

? Perhatian : Kaedah ini hanya untuk proses menyimpan data
yang terkini di dalam sebuah fail yang sedia ada ataupun fail yang sama.

Bagi menyimpan dokumen dengan nama fail yang baru;

• Klik File
• Klik menu Save As
Rujuk pada Rajah 5.1.3a (ii)



Rajah 5.1.3a (ii)

• Kotak Dialog Save As akan dipaparkan
Rujuk pada Rajah 5.1.3a (iii)


Rajah 5.1.3a (iii)

• Taip nama dokumen anda kehendaki anda
( selain dari nama fail yang asal )
• Pilih Folder yang dikehendaki
• Klik Save
• Proses menyimpan maklumat dijalankan.


5.1.3b Mencetak Dokumen


• Klik File
• Klik menu Print
Rujuk pada Rajah 5.1.3b (i)



Rajah 5.1.3(i)


• Skrin Print dipaparkan
Rujuk pada Rajah 5.1.3b (ii)



Rajah 5.1.3b (ii)

• Ubahsuai maklumat Print yang dikehendaki seperti:
o Page Range
o Bilangan salinan (Copies)

• Klik OK

Ataupun

• Klik terus di Ikon Print
• Proses mencetak dokumen dijalankan.


UNIT 5.1.3



1.

HTML ( Hyper Text Markup Language ) ialah bahasa skrip yang digunakan untuk mengarang, membina dan menerbitkan laman web di internet. bahasa ini adalah satu aplikasi kepada SGML ( Standard Generalized Markup Language ) yang merupakan piawai ISO 8879 bagi menyatakan format suatu dokumen.


a. Menyimpan fail di atas di dalam disket dengan nama fail “ LATIHAN1”.

b. Anda dikehendaki mencetak dokumen di atas


UNIT 5.1.3



a.
• Klik menu File
• Pilih Save As
• Kotak Dialog Save As dipaparkan
• Pilih Floppy A ( untuk menyimpan dokumen di dalam disket )
• Taipkan nama fail sebagai LATIHAN 1.
Rujuk pada Rajah 3d ( i )



• Klik Save


b.

• Klik menu File
• Pilih Print



• Kotak Dialog Print dipaparkan

Ataupun

• Klik pada ikon Print pada Standard Toolbars.


UNIT 6

Alor Star, Ahad – Sebuah bas pelancong Malaysia rosak teruk dalam dua letupan dipercayai bom jangka, berhampiran sebuah hotel di Haadyai, selatan Thailand, malam tadi.

1. Taipkan teks di atas dan simpankan dalam satu fail

2. Berdasarkan teks di atas, anda dikehendaki menyelaraskan format teks tersebut ( Jenis Font : Arial dan saiz Font : 12 ) dengan menggunakan Format Painter.



UNIT 6


1. Rujuk kepada komputer atau sila bertanya kepada pensyarah anda

No comments: